in , ,

Peminat Teruja Iqbal Zulkefli Tayang Kucing Cantik Bernilai RM15K Seekor!

Penyanyi dan pelakon, Iqbal Zulkefli terdahulu pernah tular di media sosial selepas menayang dua ekor kucing peliharaannya yang bernilai belasan ribu ringgit kerana difitnah ‘gila harta’ jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

“Kucing 14 Kilogram Lebih Besar Dari Ziyad..”

Dua tahun berlalu, Iqbal kini menunjukkan keadaan terkini dua ekor kucingnya, Buya dan Pablo yang kini sudah mencapai berat sebanyak 14 kilogram dan lebih besar dari anak angkatnya Ziyad.

“Kucing 14 kilogram lebih besar dari Ziyad. Besar kan? Dua tahun saya tidak tunjukkan kepada umum kucing yang pernah viral saya beli RM15,000 seekor.

Sekarang kedua-dua anak saya ini berusia dua tahun. Jadi saya sudah punya tiga orang anak.-kongsi Iqbal di Instagram

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat keadaan terkini kucing viral milik Iqbal, malah ramai yang minta Iqbal terus membuat perkongsian mengenai kucing di media sosialnya.

“Yes, we are catlover dan peminat Iqbal from Brunei! Sila share anak-anak Iqbal as a parent to Ziyad & pawrents to Buya and Pablo!.”

“Suka! Upload lagi pliss.”

“Bela kucing ni salah satu asbab rezeki. Binatang kesayangan Rasulullah.”

“Ya saya suka video tentang kucing. Please more.”

“Orang yang menyayangi binatang adalah ciri-ciri orang yang penyayang dan hati lembut.”

“Comel Ziyad..Bambam. Geram tengok..”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

puteri sarah liyana syamsul

Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Bagi RM1Juta Belanja Bercuti

AFIQ MUIZ

Peguam Dedah Afiq Muiz Gantung Isteri Tak Bertali Sejak 2021