in

Program TV Menarik Sempena Krismas di 8TV

‘Apa yang saya mahukan pada Hari Krismas hanyalah 8TV’ – Pelbagai rancangan memenuhi hari perayaan anda.

Musim perayaan kembali lagi! Perayaan dan tradisi Krismas diraikan berbeza-beza di setiap negara. Namun, tiada apa yang lebih penting daripada meraikannya bersama-sama keluarga dan rakan-rakan anda sambil menjamu selera hidangan istimewa serta saling bertukar hadiah di hari perayaan.

Pada Krismas kali ini, jadikanlah 8TV sebagai salah satu tradisi dalam meraikan perayaan Krismas anda dan biarkan kami memeriahkan dan menggembirakan suasana Krismas anda dengan pelbagai rancangan-rancangan TV yang menarik dan yang terbaik hanya untuk anda.

Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata, “Hari Krismas adalah masa untuk bersama keluarga dan meraikannya dengan meriah sambil bertukar-tukar hadiah serta menjamu selera hidangan yang menyelerakan dan semestinya menonton rancangan-rancangan TV yang terbaik.”

Pada tahun ini, 8TV menyajikan pelbagai rancangan yang menarik untuk tatapan penonton diantaranya ialah The Lord of the Ring III : The Return of The King, 8TV Quickie Q’Mas, Jamie Cooks Christmas, Mariah Carey TV Special, R-16 Korea Sparkling : Breakdance Competition dan banyak lagi! “

Antara rancangan-rancangan cuti perayaan untuk tontonan anda semua ialah:

24 DISEMBER 2009, MALAM KRISMAS :

FILEM ISTIMEWA MALAM KRISMAS – LORD OF THE RINGS III- THE RETURN OF THE KING @  9.30PM

Hari Krismas anda tidak akan lengkap tanpa tontonan filem hebat yang akan membuatkan anda melekat di kaca TV.

Kuasa Sauron telah menakluki Minas Tirith, salah sebuah pusat bandar Gondor, taklukan ini adalah untuk memusnahkan manusia. Satu ketika dulu, kerajaan Gondor begitu makmur, tetapi kerajaan Gondor memerlukan seorang raja bagi mengembalikan kemakmuran itu. Dapatkah Aragorn menyahut cabaran itu dengan menyelamatkan Gondor dari musnah?

Barisan pelakon: Elijah Wood, Liv Tyler, Sean Austin dan Orlando Bloom.

4207231623 1930015Bf9 O | 4

8TV QUICKIE ISTIMEWA KRISMAS @   11.30PM

Mari raikan Krismas anda dengan geng Quickie yang akan menggayakan kostum Santa Claus, Santa Rina dan Elf (Siapakah agaknya yang akan mengenakan kostum Elf?) Untuk menghidupkan lagi perayaan kali ini, persembahan dari Bus Company akan dipersembahkan secara langsung. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikannya! Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru!

25 DECEMBER 2009 , CHRISTMAS :

JAMIE COOKS  CHRISTMAS  @  10AM

Bangunlah dan bersarapan dengan rancangan yang menyelerakan dari kami untuk anda pada pagi Krismas. Kalau bukan bersama Jamie Oliver, siapa lagi?

Anda mungkin jimat dalam perbelanjaan, dengan itu Jamie Oliver akan memastikan sajian hidangan Krismas yang menyelerakan dan menjimatkan. Dari memasak ayam turki dengan cara yang mudah sehinggalah ke hidangan sayur-sayuran yang menyelerakan, Jamie akan menunjukkan satu persatu cara-cara menghidangkannya dengan cara beliau tersendiri hanya di dalam ‘Jamie Cooks Christmas!’

4207231725 1Bda19860D O | 5

R-16   KOREA SPARKLING BREAK DANCE COMPETITION  PART 1  @  11AM

“R-16 Korea Sparkling” ialah sebuah pertandingan B-Boy yang telah menembusi antara 4 pertandingan b-boy yang lain antaranya ‘Battle of The Year’, ‘Free Style Session’, ‘Red Bull BC One’ dan ‘UK B-Boy Championships’. Sebanyak 16 kumpulan B-Boy yang bertanding untuk merebut gelaran International Masters Championship yang dipertandingkan dalam 2 kategori iaitu kategori persembahan dan kategori berkumpulan.

M.NET KM MUSIC VIDEO FESTIVAL 2008  @  1.30PM

Festival Video Muzik M.Net KM memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berkecimpung dalam industri muzik terutama dalam pembikinan video muzik. Festival ini telah pun dianjurkan sejak tujuh tahun yang lalu. Yang pasti, festival video muzik ini akan menjanjikan festival muzik yang paling hebat sekali untuk tatapan anda semua.

4207232645 414Fdfcebe O | 6

A DATE WITH LU YU: JAY CHOU  @  5.00PM

Jay di Beijing adalah untuk memasarkan album terbarunya serta berkongsi perkembangan terbaru beliau bersama Lu Yu. Daripada seorang komposer hinggalah menjadi seorang pengarah filem serta sudah mempunyai sebuah syarikat produksi sendiri. Dengan kredibiliti dan kegigihan beliau telah membawa Jay Chou kekal dalam industri muzik sehingga ke hari ini. Nenek dan kedua ibu bapa beliau adalah punca inspirasi bagi Jay Chou. Persembahan yang memukau telah menjadikan kehidupan Jay Chou lebih bermakna. Beliau tidak sabar untuk menunjukkan majik persembahannya dengan gaya yang tersendiri kepada anda semua dalam rancangan ini.

FILEM ISTIMEWA KRISMAS :  THE ATTRACTIVE  ONE  @  6.00PM

Sean Lau telah membawakan watak sebagai pemilik restoran yang telah jatuh cinta pada Joey Yung, tetapi takdir telah menentukan Joey telah tertarik dengan orang lain. Bolehkah seorang pemuda yang berumur 30-an yang tiada pengalaman bercinta memenangi hati Joey? Adakah usaha beliau berjaya ataupun gagal?

Barisan pelakon: Lau Ching Wan, Joey Yung.

4207233093 D8Be93B5Af O | 7

HKPO & FRANCES YIP : DIVA – CONCERT  @  1.30PM

Frances Yip, seorang penyanyi yang berbakat besar serta mempunyai ribuan peminat dari berbelas negara di dalam dunia. Dengan bakat yang beliau ada itu telah menjadikan beliau digelar sebagai “Asia’s leading lady of song”. Dengan kerjaya beliau sebagai artis rakaman yang aktif, Frances telah mengeluarkan lebih daripada 80 album kesemuanya, yang terdiri dari lagu-lagu yang berbahasa Inggeris, Kantonis, Mandarin, Bahasa Thai, Jepun, dan bahasa Kepulauan Polinisia. Pada tahun 2005, Frances kembali membuat persembahan bersama barisan Orkestra Filharmonik Hong Kong. Konsert tersebut telah mendapat sambutan dengan mencapai jualan tiket yang memberangsangkan. Lagu yang akan dipersembahkan termasuklah Can’t Take My Eyes Off You / Going Out Of My Head / You Don’t Have To Say You Love Me / Where The Boys Are / Impossible Dream / Mandarin Medley dan banyak lagi…

CINEMA  8 ½   –   SECRET  @  8.30PM

Ye Xianglun, seorang pelajar muzik yang mempelajari piano telah dipindahkan ke Tamkang (Danjiang) Secondary School, sebuah sekolah yang terkenal dengan menghasilkan pelajar-pelajar muzik yang berbakat. Pada hari pertama beliau di sekolah itu, beliau terdengar alunan melodi misteri yang telah membawanya kepada seorang gadis yang sedang bermain piano, Lu Xiaoyu di dalam sebuah bangunan. Melodi itu telah menjalinkan ikatan mesra antara mereka berdua. Apabila Xiang lun memaklumkan bahawa bangunan tersebut akan dirobohkan pada hari graduasi mereka, Lu Xiaoyu mengajar Xiang Lun melodi yang didengarnya pada hari pertama beliau di Tamkang (Danjiang) Secondary School.

Barisan pelakon: Jay Chou, Kwai Lun Mei, Anthony Wong, Alice Tsang.

Jangan ketinggalan untuk menonton rancangan-rancangan yang menarik di 8TV pada hari Krismas nanti. Jadikannya sebagai salah satu akitiviti anda pada musim perayaan Krismas kali ini. Semoga cerita dan mesej yang disampaikan dapat menggembirakan anda seisi keluarga serta dapat memberikan azam yang baru kepada anda semua untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.

Kini anda boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Idea Dan Tips Berguna Untuk Makeover Rumah Anda

Raikan 2010 Dengan Program Menarik di TV3