in ,

Program Menarik Yang OHSEM di Bulan Oktober di Awesome TV

Awesome TV meneruskan lagi kemeriahan siarannya melalui pengisian kandungan yang lebih relevan dan semestinya dinanti-nantikan oleh penggemar industri seni tempatan sepanjang Oktober ini.

Slot Awesome Movie, Malar Segar dan Hindi Special yang telah bermula dengan siaran berganda pada bulan lalu ternyata telah berjaya memikat hati mereka dengan meletakkan Awesome TV sebagai stesen TV swasta popular. Awesome Movie ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Sabtu manakala slot Malar Segar yang mengimbau kembali zaman kegemilangan disajikan pada setiap hari Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad. Slot Hindi Special bersiaran pada setiap Jumaat merupakan slot yang paling dinanti setiap minggu

Antara yang menarik Oktober ini adalah filem Suci Dalam Debu lakonan Cik Puan Julia Rais dan SH3 yang dibintangi Allahyarham Ashraf Sinclair untuk slot Malar Segar. Bagi slot Awesome Movie, trilogi filem Back To The Future lakonan Micheal J. Fox dan The Goonies, filem yang cukup digemari era 80an.

Slot Hindi special (setiap hari Jumaat 9.30 malam)

Duplicate (1 Oktober 2021)

Manu, seorang penjahat bertemu seorang tukang masak yang seiras dengan mukanya bernama Bablu. Manu cuba membunuh Bablu untuk mengambil alih hidupnya dan melarikan diri dari undang-undang. Lakonan: Shah Rukh Khan, Juhi Chawla, Sonali Bendre

Singh is Kinng (8 Oktober 2021)

Happy Singh dihantar untuk membawa Lakhan pulang ke Punjab. Di Australia, sesuatu telah berlaku dan akhirnya dia mengambil tempat Lakhan sebagai ketua mafia. Lakonan: Akshay Kumar, Katrina Kaif dan Om Puri

Rangeela (15 Oktober 2021)

Mili seorang wanita yang bercita-cita untuk menjadi pelakon terkenal  terjebak dalam cinta segitiga antara teman masa kecilnya dan pelakon terkenal. Lakonan: Aamir Khan, Urmila Matondkar & Jackie Shroff

Andaz Apna Apna (22 Oktober 2021)

Amar dan Prem bersaing untuk merebut Raveena, seorang perempuan yang merupakan anak jutawan. Dalam perjalanan, mereka menemui gangster tempatan bernama Teja yang mengubah hidup mereka. Lakonan: Salman Khan, Aamir Khan, Raveena Tandon dan Karisma Kapoor

Kambakkht Ishq (29 Oktober 2021)

Simrita melakukan pembedahan pertama pada Viraj, seorang lelaki yang dia benci. Secara tidak sengaja, dia tertinggal jam tangannya dalam tubuh Viraj dan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kerjayanya. Lakonan: Akshay Kumar, Kareena Kapoor dan Aftab Shivdasani

Slot Malar Segar Ahad (setiap hari Ahad 9.30 malam)

Kepala Angin (1 Oktober 2021)

Fandi, seorang jurugambar bertemu dengan Lydia, seorang pengawal keselamatan lalu jatuh cinta dan berkahwin. Selepas berkahwin, Lydia menyuruh Fandi berhenti kerja untuk membuat kerja-kerja rumah. Ternyata pertukaran peranan ini tidak sesuai. Lakonan: Azmil Mustapha, Jacqueline Mitchell

SH3 (10 Oktober 2021)

Kisah cinta remaja dan kehidupan mereka di kolej serta pembabitan mereka dalam kegiatan sukan lasak papan luncur (skateboard) dan muzik hip-hop. Lakonan: Ashraf Sinclair, Fasha Sandha, Nasreen Ngasri dan Opie Zami

Pemburu Bayang (17 Oktober 2021)

Zamri ialah seorang bekas banduan yang mahu memulakan hidup baru dengan anak dan isterinya. Malangnya, Zamri menjadi buruan sebuah kumpulan haram yang diketuai oleh Ramon.  Lakonan: Awie, Ella, Shaharuddin Thamby dan Erma Fatima

Bertunang (24 Oktober 2021)

Darus melarikan diri ketika bapa saudaranya yang kaya cuba menikahkannya dengan Zarinah, anak perempuan pengurus bank. Dia enggan menikahi gadis itu kerana dia sudah mempunyai kekasih.  Lakonan: AR.Badul, Norlia Ghani Ibrahim Din dan Maria Arshad

Pagar Pagar Cinta (31 Oktober 2021)

Bidin, anak orang kaya telah jatuh hati kepada Rosnah, adik Mamat. Tetapi ibunya melarang kerana mahu menjodohkan Bidin dengan Rita, anak orang kaya. Setelah menghadapi berbagai-bagai rintangan akhirnya ibunya menerima Rosnah sebagai menantu. Lakonan:  A. R. Badul, Dewi Jacquelina, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Slot Malar Segar (Setiap Selasa-Khamis, 9.00 malam)

Suci Dalam Debu (5 Oktober 2021)

Roy adalah anak orang kaya yang ingin bebas dan bergaul dengan pemuzik di kelab malam. Tengku Aziz mengambil Tengku Johan sebagai pengarah eksekutif syarikatnya. Lakonan: Julia Rais, Sidi Oraza dan ramai lagi.

Maria Mariana (6 Oktober 2021)

Maria dan Mariana adik beradik yang berbeza perwatakan jatuh cinta pada lelaki yang sama. Selepas Mariana diculik, Maria memutuskan untuk mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan adiknya. Lakonan: Erra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof dan Roy Azman.

Maria Mariana II (7 Oktober 2021)

Maria, seorang pegawai polis mengendalikan kes tentang sebuah sindiket penyeludupan dadah sambil mengharungi hubungan dengan adiknya yang semakin tegang. Lakonan: Erra Fazira, Ziana Zain, Awie dan Ning Baizura

Gila-gila (12 Oktober 2021)

Jaafar yang bekerja sebagai pembantu di rumah orang kaya Sabah iaitu Dato’ Jaafar Pangku K.K ingin mengubah nasib merantau ke Kuala Lumpur atas nasihat rakannya Hamid dia mengambil cuti 2 bulan. Lakonan:  R. Jaafar, Hamid Gurkha, Hamidah Wahab dan ramai lagi.

Fenomena (13 Oktober 2021)

Isabella yang berpendapat bahawa Labib mampu mengubati penyakitnya, berazam kembali ke Bukit Besi untuk menemuinya. Lakonan: Ramona Rahman, M. Nasir dan Amy Search

Toyol (14 Oktober 2021)

Sebuah kampung diganggu oleh toyol yang dipelihara oleh seorang lelaki pemalas, Bachok. Kehidupannya sering dilanda masalah kewangan. Keadaan bertambah runcing apabila keluarganya di kampung memerlukan wang. Lakonan: Sidek Hussain, Rohani Yahya dan ramai lagi.

Maulidur Rasul- Selubung ( 19 Oktober 2021)

Mastura, yang kembali dari pengajiannya di luar negara, merasakan kehilangan rakan baiknya E.J., yang telah memilih untuk mengikuti jalan kumpulan pelampau agama. Dia bergabung dengan Rescaid, sebuah organisasi sukarelawan.  Lakonan: Deanna Yusoff, M. Nasir, Ida Nerina dan Jit Murad

Bas Konduktor (20 Oktober 2021)

Hairani tiada tempat yang hendak ditujunya, Maidin membawanya bermalam di rumah pemandu dan konduktor perempuan yang tinggal di sebuah rumah sewa. Hairani diterima bekerja sebagai konduktor di syarikat bas tersebut. Bermulalah kehidupannya sebagai pemandu dan konduktor bas. Lakonan: Maideen, Piee, Rose Iskandar

Pening-pening lalat (21 Oktober 2021)

Dino adalah banduan yang berjaya melarikan diri dari penjara. Polis menyiarkan berita tentangnya dan menawarkan hadiah RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkapnya. Lakonan: A.R Badul, Mustapha Kamal dan Yusni Jaafar

Kanta Serigala (26 Oktober 2021)

Zairul merupakan seorang penderita masalah mental. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Shakira. Shakira diperkosa dan kemudian dibunuh. Zairul berazam untuk menuntut bela atas kematian adiknya. Lakonan: 

Puteri Impian (27 Oktober 2021)

Mengisahkan tentang pengembaraan seorang gadis yang berangan-angan untuk menjadi “puteri” selama sepuluh hari dalam sebuah rancangan realiti TV. Lakonan: Amy Mastura, Chico Harahap Rashid dan Hairie Othman.

Puteri Impian 2 (28 Oktober 2021)

Nora, bekas gadis kilang telah menolak lamaran kerabat diraja, Tengku Faizal. Adiknya, Tengku Farid telah bertekad untuk membawa Nora kembali kepangkuan abangnya. Lakonan: Amy Mastura, Cico Harahap, Nor Aliah Lee dan Azri Iskandar

Slot Awesome Movies 

Setiap Sabtu, 10.00 malam

Robin Hood: Prince of Thieves (2 Oktober 2021)

Robin memutuskan untuk membalas dendam demi ayahnya yang dibunuh oleh Sheriff Nottingham. Dia bergabung dengan kumpulan pencuri Little John untuk mengatasi kejahatan Sheriff.

Wild Wild West (9 Oktober 2021)

Ketika Presiden Ulysses S. Grant mengetahui bahawa Dr Arliss Loveless merancang untuk membunuhnya, dia memerintahkan pahlawan Perang Saudara James West dan Marsekal A.S. Artemus Gordon untuk menangkapnya.

Paul Bart: Mall Cop (19 Oktober 2021)

Paul, seorang ayah tunggal yang memenuhi keperluan harian dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah, dia harus menyelamatkan pusat membeli-belah dari pencuri.

Double Team (30 Oktober 2021)

Paul Quinn dipanggil  semula oleh ejen kerajaan yang memaklumkan kepadanya mengenai kembalinya musuh perang Stavros, memaksa Quinn untuk bergabung kembali dengan pasukan CIA.

The Goonies (30 Oktober 2021)

Sekumpulan remaja cuba melawan syarikat pembangunan harta tanah yang merancang untuk memusnahkan rumah mereka. Mereka menjumpai peta harta karun dan cuba untuk mencari harta tersebut.

Setiap Isnin, 10.00 malam

Drunken Master II (4 Oktober 2021)

Wong, seorang anak muda yang nakal, mempelajari seni mempertahankan diri khas dari gurunya yang seorang alkoholik untuk menghalang seorang pembunuh dari menghancurkan impiannya.

Back To The Future (11 Oktober 2021)

Marty kembali ke masa lalu menggunakan mesin masa saintis eksentrik. Walau bagaimanapun, dia harus membuat ibu bapanya yang masih bersekolah jatuh cinta untuk kembali ke masa kini.

Back to The Future II (18 Oktober 2021)

Marty Mcfly kembali ke masa lalu dengan bantuan Dr Emmett Brown dan menyamar sebagai anaknya supaya tidak dipenjarakan. Namun, semua usahanya menjadi sia-sia kerana masa depan telah mengubah masa kini.

Back to The Future III (25 Oktober 2021)

Marty kembali ke Old West tahun 1885 di mana Dr Emmett telah jatuh cinta dengan seorang guru sekolah tempatan. Marty harus mengeluarkannya dari Wild West untuk menyelamatkannya.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik  di Awesome TV. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuib Sepahtu 1 | 23

Comel! Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan Buat Pertama Kalinya

Nabila Razali | 24

Tahniah! Impian Nabila Razali Beli Rumah Dua Tingkat Tercapai