in

Program Menarik TVi Sempena Hari Malaysia 2013

Bagi menyemarakkan lagi Perayaan Hari Malaysia yang ke-50, Stesen TVi (Astro 180) milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan beberapa program menarik menjelang 16 September ini. Semestinya TVi akan menghidangkan pelbagai slot telemovie dan dokumentari yang penuh informasi dan hiburan terkini khusus untuk remaja. Bermula dengan program tonggak TVi semestinya program [email protected] Khas Hari Malaysia yang merupakan aktiviti khidmat masyarakat ( CSR ) yang dihoskan oleh ikon-ikon TVi.

[pullquote align=”right”]Kali ini mereka meluangkan masa bersama Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Negeri Sarawak. Temui mereka 15 September ini, jam 11.00 malam hanya di TVi.[/pullquote]

Menyusul keesokkannya pada 16 September 2013, TVi menyiarkan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Hari Malaysia yang bersiaran secara langsung dari Kuching Sarawak bermula jam 8.00 pagi. Kemudian Dokumentari Khas Hari Malaysia menerusi slot Info – Trend adalah terbitan RTM Sarawak bakal bersiaran jam 11.30 pagi.

Bersantai dengan telemovie Khas Hari Malaysia bertajuk Detektif Mat Boyot yang melatih Mamat, Sam dan Tasha untuk menubuhkan sebuah agensi detektif bagi menjalankan misi tugasan Datin Maria atas kes penculikan suaminya. Dibintangi oleh Man Raja Lawak, Emelda Rosmila, Almy Nadia dan Fadhil Dani menrusi slot Wayang-i. Menjejaki peristiwa bersejarah dalam Senoi Praaq : Menjejak Beret Merah sebuah rancangan dokumentari yang menceritakan bagaimana pasukan Senoi Praaq dalam menentang komunis yang menjadi musuh negara ketika itu dan menewaskan mereka. Dokudrama sebanyak 6 episod ini bakal disiarkan bermula 10 September hingga 19 September 2013 jam 12.00 tengahari.

Hari Malaysia diceriakan lagi pada sebelah petangnya jam 2.00 petang dengan Konsert Malam Jalinan Mesra yang menampilkan persembahan hebat artis-artis popular tanah air seperti Dato’ M.Nasir, Syafinaz Selamat, Alyah dan Kumpulan Forteen bersama pemuzik Pak Idang Rasjidi. Bersama pengacara TVi Muaz dan Ninie.

Saksikan juga Dokumentari Khas Hari Malaysia : Jejak 1609 yang mengisar tentang peristiwa bersejarah penubuhan Malaysia yang di siarkan pada jam 3.30 petang.

Sebagai penutup disiarkan Sambutan 50 tahun negeri Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia secara langsung dari Tanjung Aru, Sabah jam 8.30 malam ini semestinya menerusi salura TVi ( ASTRO 180 ).

Ninie Ikon TVi

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Malam Gala Filem Vikingdom

Program TV3 Sempena Ulang Tahun Malaysia Ke-50