in

Gambar Sekitar Malam Gala Filem Vikingdom

Suasana di Majlis Malam Gala Filem Vikingdom anjuran KRU Studios pada 11 September 2013 lalu memang meriah. Walaupun tidak setanding dan segah malam gala ala filem Hollywood dengan ketidak-kehadiran para pelakon, namun kehadiran tiga orang kuat KRU Studios, Lisa Surihani dan ibu bapa mereka sebenarnya sudah cukup memadai.

[pullquote align=”right”]Budiey.com sendiri mengajak 90 orang pembaca untuk menjadi penonton pertama filem buatan Malaysia ini. Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam itu dan diharapkan korang semua berpuas hati.[/pullquote]

Budiey sendiri antara blogger yang menjadi penonton pertama sebelum tarikh tayangan pada 12 September. Menonton hasil kerja arahan Yusry KRU, Budiey dapat katakan filem ini adalah permulaan untuk menuju kemajuan filem Malaysia. Kalau tidak berubah atau kita hanya selesa di takuk lama, mana bisa industri filem Malaysia menjadi lebih maju ke depan, kan?

Filem ini dilabelkan sebagai filem paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia iaitu menelan belanja sebanyak RM20juta. Namun, khabar gembira yang diterima, filem ini telah mendapat pulangan sebanyak RM10juta sebelum tayangan umum. Ramai yang bertanya pada Budiey, macamana kutipan ini terhasil. Jawapnya, ia diperoleh hasil perjanjian pasaran dengan beberapa buah negara Eropah yang bersetuju untuk menayangkan filem ini.

Berbeza dengan olahan sebelum ini, cara Yusry KRU mengupas filem ini berbeza dengan skrip yang pernah dibuat. Semua elemen seperti pelakon dan lokasi kena direka khas. Budiey pun seakan tak percaya apabila Yusry mengatakan 100% filem ini menjalani pengambaran di Malaysia. Memang agak pelik dan ternyata ramai penonton bertanya adakah ini fakta atau auta. Jawab Budiey, ya itu betul. Lokasi memang dibuat di Malaysia dan krew produksi juga dibuat oleh orang Malaysia. Cuma pelakonnya sahaja adalah dijemput khas dari negera luar.

Secara keseluruhannya, Budiey boleh simpulkan VIkingdom adalah sebuah filem pengembaraan yang sangat mencabar untuk mencapai satu misi. Filem ini menggabungkan fantasi, realiti dan mitos. Banyak aksi menarik dalam filem ini mengujakan penonton. Kesan khas Imej Janaan Berkomputer atau CGI banyak digunakan untuk filem ini. Sikit sebanyak menjadikan filem ini berjaya nampak seperti sebuah filem epik.

Selain ditayangkan di negara sendiri, filem Vikingdom akan ditayangkan di luar negara termasuklah Amerika Syarikat mulai 4 Oktober ini. Pihak Universal Pictures menjadi pengedar tunggal dan bakal memasarkan filem ini ke negara United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil.

Sebelum tayangan filem, semua media hadir di bilik khas untuk mengikuti satu sidang media bersama pengarah.Antara soalan yang diajukan, mengapa perlu ambil pelakon luar negara untuk berlakon dalam filem ini dalam kata lain, Yusry sewajarnya berbangga dengan bakat anak tempatan untuk diketengahkan ke mercu antarabangsa.

Norman menjawab, idea menghasilkan Vikingdom semasa beliau berada di Festival Filem Cannes untuk mempromosikan filem Cicakman. Di sana beliau bertemu dengan peminat filem yang menjual idea untuk menghasilkan drama bersiri mengenai masyarakat Viking. Jadi, untuk menghasilkan filem untuk pasaran dunia, tentulah nak kena ambil elemen dan pelakon yang sesuai dengan jalan cerita dan subjeknya. Strategi untuk memasarkan filem ini kena betul, jika tidak ia akan dikritik dan ia nampak tak kena.

Sebelum ini, KRU Studios telah menghasilkan filem Magica yang mana subjeknya lebih kepada dunia mitos orang kita. Begitu juga dengan Hikayat Merong Mahawangsa yang mengangkat sejarah kerajaan lama Kedah.

Malam Gala VikingdomMalam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Malam Gala Vikingdom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Musim Asmara Soo Wincci

Program Menarik TVi Sempena Hari Malaysia 2013