in

Program Istimewa Sempena Hari Bapa di 8TV

ISTIMEWA HARI BAPA DI 8TV

Hari Bapa semakin hampir. 8TV bakal menyajikan program-program menarik khas untuk tontonan anda seisi keluarga!

“Kami di 8TV ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk semua rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton rancangan-rancangan menarik yang telah kami sediakan sepanjang bulan ini.” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

QUICKIE – FATHER’S DAY SPECIAL

Tarikh siaran : 20 Jun 2010

Masa : 11.30 malam

Quickie meraikan Hari Bapa dengan gaya tersendiri. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan hos-hos Quickie menyambut Hari Bapa dalam Quickie – “Father’s Day Special” Anda pasti terhibur dengan gelak tawa dan telatah hos-hos Quickie. Nantikan tetamu undangan yang bakal muncul dalam studio Quickie nanti!

HANNAH MONTANA 3

Tarikh siaran: Setiap Sabtu dan Ahad

Masa: 10.30 pagi

Bintang remaja terkenal Miley Cyrus kembali menghangatkan kehidupan anda dalam siri kesukaan ramai Hannah Montana. Fenomena Hannah Montana memang tidak boleh disangkal lagi dengan jumlah penonton melebihi 5.4 juta menjadikan rancangan ini sebagai rancangan Disney Channel yang mendapat rating paling tinggi!

8TV menyiarkan Hannah Montana musim ke-3 dan anda boleh mengikuti perjalanan karier dan kehidupan Hannah Montana dan bapanya Billy Ray Cyrus yang pasti membuat anda tidak kering gusi dengan keletah dua beranak ini!

FLASH FORWARD

Tarikh siaran: 28 Jun 2010 (setiap Isnin)

Masa: 9.30 malam

Insiden penuh misteri yang berlaku apabila kehidupan mereka terhenti selama 137 saat dan anda akan mendapat imbasan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Saksikan bagaimana Agen FBI Standford Wedeck dan rakan-rakannya menyelesaikan misteri di sebalik insiden yang berlaku ini.

LIKE FATHER, LIKE DAUGHTER

Tarikh siaran: 7 Jun 2010 (Isnin – Jumaat)

Masa: 5.00 – 6.00 petang

Sebuah kisah menyentuh hati tentang seorang ayah yang hidup bersama anak perempuannya. Jingang yang sibuk bekerja menghadapi masalah untuk membesar dan mendidik anak perempuan beliau yang agak nakal. Walaupun anak perempuannya sering bertukar sekolah kerana masalah disiplin, Jingang sentiasa menyimpan harapan yang tinggi terhadap anak perempuannya.

INITIAL D

Tarikh siaran: 19 Jun 2010 (Sabtu)

Masa: 8.30 malam

Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dengan baik dalam apa jua keadaan cuaca. Jangan ketinggalan menyaksikan filem aksi lakonan Jay Chou ini!

A DATE WITH LUYU

Tarikh siaran: 20 Jun 2010 (Sabtu)

Masa : 3.00 – 4.00 petang

Rancangan temu bual mandarin ini telah mencipta satu fenomena baru dalam industri hiburan di China. Untuk bulan Jun ini, A Date with Luyu akan menampilkan Jacky Wu pengacara terkenal Taiwan berkongsi kisah peribadi dan perjalanan karier beliau bersama Luyu.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan-rancangan menarik sepanjang bulan Jun ini secara PERCUMA hanya di saluran hip 8TV! Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708. Layari www.mobile.8tv.com.my untuk menyaksikan program-program 8TV di telefon bimbit anda! Selamat Hari Bapa.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Apple iPhone 4 Lebih Canggih dilancarkan di WWDC 2010

Drama Ayu Tidak Manis Lakonan Marissa Yasmin