in

Program Chef Adik Asuh Kanak-Kanak Memasak

Didik Kanak-Kanak Memasak Dalam Program Chef Adik Di TV1

Siapa kata hanya orang dewasa sahaja yang boleh berkongsi bakat dan kemahiran mereka di dapur? Jika kena gaya dan tempatnya, kanak-kanak juga boleh menjadi idola dengan resipi dan menu yang disediakan dekat di hati teman seusia mereka. Apatahlagi bila hidangan yang penuh ceria dengan warna warni sememangnya mampu memikat hati golongan cilik ini.

HEL_7175

Telah pun mula bersiaran dengan edisi pengenalannya pada 14 April lalu, program Chef Adik yang disiarkan Radio televisyen Malaysia (RTM) setiap Sabtu, jam 10.30 pagi menerusi TV1 nyata menyuntik kelainan apabila lima orang kanak-kanak beraksi di dapur mengendalikan aktiviti memasak yang selama ini hanya dipelopori orang dewasa.

Sepanjang proses penyediaan makanan dalam rancangan masakan kanak-kanak yang menampilkan Aiman, Ain, Akiff, Nukman dan Dania sebagai teraju utama ini, mereka turut dibantu oleh abang Fikree sebagai pakar rujuk mereka.

Setiap minggu dua resepi akan sediakan dan setiap resepi mengandungi kandungan nutrisi pemakanan yang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak. Di sini penonton juga dapat melihat pengetahuan adik-adik mengenai setiap resepi yang dimasak oleh mereka.

Pelbagai gelagat dan telatah adik-adik dapat dilihat sepanjang program ini bersiaran dan pastinya sesuatu yang amat membanggakan apabila anda melihat kemampuan mereka mengendalikan peralatan dapur dengan baik pada usia yang muda.

Bersama kongsikan resipi dan menu menarik daripada chef-chef cilik ini dalam program Chef Adik hanya di TV1.

Abang Fikree menunjukan cara penyediaan makanan yang betul

Sama-sama menyediakan menu yang menarik dan sihat

HEL_7157

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Power Rangers Samurai di Sungei Wang Plaza

Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL