in

Power Rangers Samurai di Sungei Wang Plaza

RIANG RIA CUTI SEKOLAH DI SUNGEI WANG PLAZA DARI 25 MEI – 3 JUN 2012
POWER RANGERS SAMURAI SEDIA BERAKSI HEBAT UNTUK KANAK- KANAK

Alamilah kehebatan & kekuatan Power Rangers Samurai semasa Cuti-Sekolah ini! Sungei Wang Plaza kembali tahun ini dengan “Power Rangers Samurai” dari 25 Mei – 3 Jun 2012. 10 hari penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengisi dan memenuhi masa lapang kanak-kanak. Inilah masanya untuk seisi keluarga dan anak-anak untuk meluangkan masa bersama walaupun sibuk dengan kerja.

Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, wira-wira hebat Jepun seperti Masked Rider dan Ultraman adalah di antara tarikan orang ramai masa musim cuti sekolah semenjak beberapa tahun lepas. Sungei Wang Plaza amat bangga untuk dapat kelima-lima watak utama Power Rangers Samurai (Pink Ranger, Green Ranger, Red Ranger, Blue Ranger dan Yellow Ranger) untuk menjadi karakter unggul pada tahun ini sebagai daya tarikan utama kanak-kanak. Dia bertambah lagi, “ Kanak-kanak dapat merealisasikan minat dan keinginan mereka sekarang kerana Power Rangers Samurai bukan saja terdapat di TV tetapi di realiti dan dapat bermain dengan mereka.

Lupakanlah kerja sekolah yang banyak ataupun kelas tuisyen yang sibuk mahupun peperiksaan sekolah yang menakutkan. Bersedialah untuk menikmati sepuluh hari yang menggegarkan kerana pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.

Power Rangers Samurai di Sungei Wang Plaza

40 orang kanak – kanak dari Precious Children Home dan Trnity Children Home telah dijemput untuk menyaksikan Majlis Perasmian Power Rangers Samurai di Sungei Wang Plaza pada 25 Mei 2012. Mereka akan diberikan “goodie bags” serta peluang untuk mengambil gambar dengan Power Rangers Samurai. Juadah tengah-hari turut disediakan di KFC untuk mereka.

“Bukan semua kanak-kanak datang dari keluarga yang gembira terutamanya mereka yang didera dan ditinggalkan. Oleh itu, pihak kami telah menjemput mereka ke Sungei Wang Plaza untuk bergembira dan beriang-ria dengan keistimewaan sebagai kumpulan pertama untuk menyaksikan Power Rangers Samurai. Ini merupakan suatu detik istimewa dan gembira buat anak-anak ini. Tambahan pula, ini adalah antara tanggungjawab korporat sosial kami untuk membantu golongan yang memerlukan,” tambah KK.

Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Power Rangers Samurai dalam aksi hebat mereka di samping mengambil peluang untuk menangkap gambar. Saksikanlah mereka pada 25 – 27 Mei & 1 – 3 Jun 2012 pada pukul 1 tengahhari, 4 petang dan 7 petang di Pentas Concourse Sungei Wang Plaza.

Bukan itu saja, anda juga dapat membeli barangan koleksi Power Rangers Samurai di Pesta Barangan Power Rangers Samurai yang berlangsung dari 25 Mei – 3 Jun 2012 (10 pagi – 10 malam). Barangan menarik seperti Figura Power Rangers Samurai, alat mainan kenderaan, alatan menulis, DVD dan lain- lain lagi dijual di pesta ini. Tambahan pula, koleksi terhad Power Rangers Samurai seperti figura pedang Samurai, “Cycles Megazords Roleplay – Morpher juga boleh didapati di pesta ini.

Tunjukkanlah kehebatan mewarna anda dalam Pertandingan Mewarna Power Rangers Samurai pada 3 Jun 2012, pukul 5.30 petang dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Pemenang tempat pertama akan mendapat baucer beli-belah berjumlah RM 300 dan RM 500 barangan Power Rangers Samurai, pemenang tempat kedua akan mendapat baucer beli-belah berjumlah RM 200 dan RM 300 barangan Power Rangers Samurai manakala pemenang tempat ketiga akan mendapat RM 100 baucer beli belah dan RM 100 barangan Power Rangers Samurai. Selain itu, tiga pemenang sagu hati akan juga mendapat RM 100 barangan Power Rangers Samurai setiap satu. Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 7 – 9 tahun sahaja.

Dapatkan boring penyertaan dari Kaunter Pertanyaan kami di Level LG Sungei Wang Plaza. Borang itu juga boleh dimuat turn dari laman web kami, www.sungeiwang.com ataupun www.facebook.com/sungeiwangplaza.

Bukan itu saja! Pelanggan yang membuat belian sebanyak RM100 ke atas dalam resit terkumpul layak untuk mendapat satu(1) pas sesi bertemu Power Rangers Samurai, berdasarkan siapa-cepat-dia-dapat.(100 pas untuk diberikan setiap hari dan tertakluk pada terma dan syarat tertentu.)

Datanglah berami-ramai ke Sungei Wang Plaza pada musim Cuti Sekolah ini untuk menikmati kegembiraan dan kehebatan wira-wira hebat Power Rangers Samurai.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En KK Lim atau Cik Joanne Lee dari Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza di talian 03-21426636 atau melalui emel [email protected].
Sertailah kami di www.facebook.comsungeiwangplaza.com untuk mendapatkan maklumat terkini agenda dan promosi kami.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Inggeris & Drama Hebat Raikan Golongan Ibu

Program Chef Adik Asuh Kanak-Kanak Memasak