in ,

Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL

SINOPSIS MAN SEWEL DATANG KL

Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.

Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.

Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.

Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.

Trailer Filem Man Sewel Datang KL

DETAILS MAN SEWEL DATANG KL
Tarikh Tayangan : 31 Mei 2012
Pengarah : Abdul Rahman Adam (Fdam)
Penulis skrip : Abdul Rahman Adam (Fdam)
Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman & Hamizi Mat Juah @ Mat B.K.T
Penerbit : Rafiecca Md Radzi & Dzulhailee L’ Akhbar
Terbitan : Work Move Productiion Sdn. Bhd
Pelakon : Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam & Chef Yang Jamil
Penampilan Khas : May
Klasifikasi : U
Durasi : 1 jam 43 minit
Bahasa : Bahasa Malaysia
Promosi & Pengiklanan : Alternate Pictures Sdn. Bhd
Edaran : Skop Productions Sdn. Bhd
Fan page : http://www.facebook.com/pages/Man-Sewel-Datang-KL/108821092533407

Filem Man Sewel Datang KL
Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Filem Man Sewel Datang KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Chef Adik Asuh Kanak-Kanak Memasak

Lagu Tak Sabar Single Pertama Baby Shima