in ,

Profile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura

Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin, lebih senang disapa Kak Engku, seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio. Artis serba boleh dan ibu kepada tiga cahaya mata ini lahir di Pelabuhan Klang, Selangor pada 18 Ogos 1972.

Antara filem lakonan, Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2005), Cinta 200 Ela (2002), Putih (2001), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Lurah Dendam (1996), Debu-Debu Kasih (1995), Jimi Asmara (1995),  Pemburu Bayang (1993), Juara (1991) dan Riang Tirana (1990), sementara drama lakonan Raja Azura seperti Samprit, Samprit Lagi, Mat Despatch dan Mat Burger.

‘Dan Bunga-Bunga Pun Berguguran’ merupakan album pertama Kak Engku yang memperkenalkan bakat nyanyian beliau dalam bidang seni suara yang diterbitkan sekitar 1997. Selepas sedekad tanpa album solo, beliau  muncul kembali menyemarakkan dunia nyanyian dengan album keduanya yang mengambil judul namanya sendiri, Raja Azura, yang diterbitkan oleh K.E Entertainment, iaitu syarikat miliknya sendiri.

Penyampai radio Sinar FM ini cukup dikenali menerusi segmen Madam Muah-Muah dan Sinar Pagi, kendalian bersama Khairil Rashid dan Salih Yaccob.

Dalam dunia pengacaraan, stail bersahaja dan selamba Raja Azura menjadikan beliau rebutan di kalangan penerbit-penerbit rancangan TV dan acara berprestij sebagai pengemudi program dan acara. Tidak hairanlah, beliau kerap kali menjadi pilihan penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebagai hos.

Bekas pengacara Melodi, TV3 ini juga amat disenangi oleh penonton stesen TV tersebut dalam Gedik Santai.

Raja Azura memegang watak Dewi Bencana di Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad di Istana Budaya.

3006881280 2Fb763628B | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 23

Abby Abadi Bagi Penjelasan, Tidak Pernah Mabuk Minum Arak

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 23