in

Pre-Register Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5

Salam buat pembaca semua, sedar tak sedar, Budiey.com kini meningkat usia 5 tahun! Terima kasih atas sokongan semua. Untuk pengetahuan semua, blog Sensasi Selebriti bermula pada tarikh 7 Januari 2007.

Alhamdulilah, syukur pada Tuhan! Pejam celik-pejam celik.. dah pun 5 tahun. Sekejap sangat masa berlalu. Budiey rasa macam baru je semalam kita sambut ulangtahun ke-4 di Cathay Cineleisure. Kepada pembaca yang join, harap korang masih simpan kenangan manis berparty bersama-sama menonton filem Khurafat.

pre-register
Dan… untuk pertama kalinya, Budiey akan membuka penyertaan secara Pre-Registeration atau Pra-Pendaftaran di mana hanya 30 orang pembaca sahaja akan dipilih untuk peringkat awal. Jika anda tidak dipilih untuk Pre-Register ini, anda jangan risau dan gundah gulana ya kerana masih ada peluang untuk anda mendapat pass masuk ke Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5 yang akan disiarkan pada tahun depan.

Kepada yang nak menang pass masuk ke Party Budiey.com, jangan lupa dengar-dengarkan Radio Rasmi Party Budiey.com Ke-5 iaitu Radio Suria FM pada awal tahun depan di mana sebanyak 10 tiket akan diberikan kepada pendengar Suria FM.

Baju T Sensasi Selebriti 4 Tahun pandangan depan

Baju T Eksklusif Party Budiey.com yang lalu

Menariknya, untuk Pre-Registeration ini, kepada yang terpilih akan mendapat sehelai baju T Eksklusif Party Budiey.com yang Ke-4. Kalau anda masih ingat, baju T ini berwarna hijau di mana menjadi warna tema untuk Party Budiey.com yang lepas. Baju T ini akan diberikan bersama dengan hadiah goodie bag serta Baju T Eksklusif Budiey.com yang ke-5 yang berwarna ungu. Dalam kata lain, korang akan dapat 2 helai baju T. Semuanya akan diberikan semasa hari berlangsungnya party ini iaitu 21 Januari. Pembaca boleh pilih saiz samada nak XS, S, M, L, XL dan XXL.

Seperti yang Budiey war-warkan di Fanpage Budiey.com dan Twitter, party kali ini akan diadakan pada 21 Januari 2012, hari Sabtu, bermula jam 2 petang di salah sebuah pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur. Kemungkinan besar akan diadakan di Zouk KL atau di Milk Club, Bangsar. Apa kata korang? Pendapat Budiey, Zouk KL lebih selesa dari segi pengangkutan dan juga kawasan tempat kereta pun banyak kat situ. Berbanding dengan Milk Club Bangsar di mana tempat untuk meletakkan kereta agak susah. Sila berikan pendapat anda di ruangan komen.

Selain hadiah goodie bag yang lumayan, Budiey juga akan menghadiahkan hadiah best-best untuk pembaca yang hadir menerusi cabutan bertuah. Party kali ini akan dihoskan oleh penyampai radio Lin Suria Cinta dan pengacara terkenal Azrul Zaidi.

Setakat ini, beberapa orang penyanyi sudah pun bersetuju untuk buat persembahan. Antaranya, Adira AF, Awi Rafael, Erul AF, Amanda Imani, Azri AF, Shila Amzah & Sharnaaz, Farawahida dan ramai lagi. Budiey juga akan menjemput beberapa orang pelakon dan selebriti terkenal yang lain. Segalanya masih dalam perancangan. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.

Sekarang ini, Budiey dalam peringkat untuk mencari penaja untuk hadiah cabutan bertuah dan goodie bag. Jadi, kepada syarikat atau sesiapa sahaja yang ingin menaja dari segi barangan atau dalam bentuk wang, bolehlah menghubungi Budiey ya.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PRE-REGISTER PARTI ULANGTAHUN INI?
Senang saje! Ikuti kesemua langkah-langkah berikut ini:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

Nama penuh:
Twitter:
No. IC:
Alamat:
No HP:
Saiz Baju T-shirt:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya mahu join Parti Ulangtahun Ke-5 Budiey.com kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Satu email hanya dibenarkan untuk membayar 2 pass masuk sahaja.

Tajuk Email: Pre-Register Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5

4. Seterusnya, nantikan email dari Budiey.

Untuk Pre-Register, anda perlu membayar RM60 untuk satu pass masuk di mana baju T warna hijau seperti di atas ini akan diberikan bersama dengan baju T Budiey.com warna ungu yang terkini.

Kepada yang berjaya terpilih, Budiey akan reply atau balas email anda untuk arahan seterusnya termasuklah juga cara-cara pembayaran yuran pre-register. Semuanya akan diterangkan dalam email.

P/S: Kepada individu dan syarikat yang ingin menaja parti kali ini, sila hubungi Budiey untuk menyumbang dari segi wang tunai, goodies dan hadiah untuk cabutan bertuah.

Terima kasih semua atas sokongan! Insyaallah, kita jumpa di parti nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani & Yusry KRU Bakal Umum Tarikh Kahwin

AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk