in ,

AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk

Tahniah dan syabas, Budiey ucapkan buat AC Mizal & Eizlan Yusof yang telah mendapat gelaran Datuk.

Personaliti televisyen, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali dengan nama AC Mizal menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk. Bintang kebesaran itu disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan.

Penganugerahan tersebut sekaligus mengakhiri spekulasi yang tersebar mengenai tertangguhnya majlis tersebut. Di majlis yang sama, pelakon Eizlan Yusof turut menerima bintang kebesaran yang sama.

AC MIZAL / EIZLAN YUSOFF  PINGAT DIMP

Emylia Rosnaida Abd Hamid dan Vieshantie Harun memberi kucupan mesra kepada suami mereka Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini (AC Mizal) dan Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd, Idris Md Yusof (Eizlan Yusoff) selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang.

Gambar semasa rehearsal:

Eizlan Yusof AC Mizal Pangkat Datuk

Eizlan Yusof AC Mizal Pangkat Datuk

Eizlan Yusof AC Mizal Pangkat Datuk

Eizlan Yusof AC Mizal Pangkat Datuk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pre-Register Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5

Majlis Nikah Yusry KRU & Lisa Surihani 23 Februari