in , ,

PESTA FILEM JEPUN 2020 Kembali Lagi, Ini Senarai Filem Yang Ditayangkan

Acara tahunan Pesta Filem Jepun (JFF) kini kembali pada bulan Oktober dan sedia untuk memeriahkan beberapa pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih di seluruh negara! JFF 2020 ialah pesta filem pertama yang akan dilancarkan di GSC sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada bulan Mac lalu.

Rentetan Acara Pra-pesta yang berjaya dianjurkan pada September lalu dengan tiga tayangan di GSC NU Sentral, sebuah laman khas pada laman web rasmi JFF 2020 akan disiarkan pada awal Oktober. Laman ini akan memperkenalkan hasil karya penggiat filem Jepun yang menghasilkan filem mereka secara berasingan semasa tempoh berkurung, serta video wawancara bersama YUKISADA Isao, pengarah filem pendek “Pigeon” (2016) yang menjalani penggambaran di Pulau Pinang sebagai sebahagian antologi daripada sebuah filem genre omnibus “Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections”.

Jff2020 Key Art_Hi-Res

Tumpuan pada musim filem-filem Jepun hebat ini sudah tentunya jelajah Pesta yang merentasi pawagam-pawagam GSC terpilih yang akan menayangkan 10 judul, merangkumi pelbagai genre – drama, komedi, aksi dan animasi – yang menampilkan warna-warna Jepun melalui pawagam. Salah satu daripadanya ialah filem “One Summer Story” yang akan membuat tayangan perdananya di Malaysia sebelum tayangan di Jepun (dijangka pada 2021).

Melalui JFF 2020, GSC dan JFKL menggalakkan pengunjung agar datang berhibur di pawagam lagi dan menikmati filem-filem di layar perak sambil mengadaptasi norma baharu. Selain itu, pengunjung juga akan mendapat hadiah istimewa dengan memungut setem setiap kali mereka menonton filem di JFF.

Sesudah tamat jelajah di Malaysia Timur, musim ini akan diteruskan dengan “JFF Plus: Online Festival” yang akan dianjurkan secara atas talian pada akhir November nanti.

Berikut adalah senarai lengkap sinopsis filem, masa tayangan dan maklumat am yang boleh anda dapati di jfkl.org.my/events/jff-2020 dan gsc.com.my.Kit Media beserta foto dari filem serta poster boleh anda dapati di sini.*Semua filem dipersembahkan dalam Bahasa Jepun dengan sarikata Bahasa Inggeris.**Berdasrkan situasi terkini, JFF 2020 akan mematuhi semua langkah SOP yang telah ditetapkan sepanjang tayangannya di Malaysia.

Screenshot 2020-10-01 At 1.22.20 Pm

DANCE WITH ME (ダンスウィズミー)

Pengarah: YAGUCHI Shinobu 矢口 史靖 / 2019 / 104 minit / Komedi, Muzikal

Shizuka bekerja di sebuah syarikat dagangan terbesar di Tokyo dan dalam diam menaruh perasaan terhadap majikannya yang bergaya. Pada satu hujung minggu, dia membawa anak saudaranya melawat pemukau karnival bagi memberinya inspirasi untuk acara muzikal sekolah yang akan datang. Akan tetapi, Shizuka yang terkena sumpahan tersebut dan terus menyanyi dan menari di mana sahaja apabila mendengar muzik: di jalanan, semasa bermesyuarat, di restoran mewah, bahkan nada dering telefon! Kini dia mesti mengembara ke pelusuk negara mencari pemukau tersebut untuk mematikan sumpahan, dan segala nyanyian dan tarian sepanjang perjalanannya!

Trainstation Final Poster Vertical

HELLO WORLD (ハロー・ワールド)

Pengarah: ITO Tomohiko 伊藤 智彦 / 2019 / 99 minit / Anime

Pada 2027, bandar raya Kyoto mengalami anjakan teknologi yang amat hebat. Katagaki Naomi dan rakan sekolahnya Ichigyou Ruri berkongsi minat membaca. Walaupun memiliki minat yang sama, Naomi takut untuk mendekati Ruri kerana sifatnya yang tidak mesra. Satu hari semasa Naomi keluar berjalan, dia terlihat seekor gagak berkaki tiga dan lelaki misteri berkelubung. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Naomi daripada 10 tahun di masa depan yang datang untuk mengubah satu kejadian tragis yang akan berlaku terhadap Ruri sejurus selepas mereka mula keluar bersama. 

©2019 Masquerade Hotel Film Partners ©Keigo Higashino_Shueisha

Masquerade Hotel (マスカレード・ホテル)

Pengarah: SUZUKI Masayuki 鈴木 雅之 / 2019 / 134 minit / Suspens

Detektif Nitta Kosuke menyamar sebagai pekerja di sebuah hotel mewah di Tokyo setelah menemukan kod-kod nombor dalam tiga kes pembunuhan yang berbeza. Dia beranggapan pembunuhan seterusnya akan berlaku di hotel itu. Apabila ditugaskan sebagai penyambut tetamu, seorang pekerja hotel berdedikasi iaitu Yamagishi Naomi tidak berpuas hati. Naomi amat mengutamakan keselamatan, standard dan keselesaan tetamu. Akan tetapi, perwatakan Nitta yang selekeh serta fokus tumpuan terhadap penyiasatan tidak sepadan untuk penyambut tetamu sepertinya. 

Not Quite Dead Yet (一度死んでみた)

Pengarah: HAMASAKI Shinji 浜崎慎治 / 2020 / 94 minit / Komedi

Nobata Nanase ialah pelajar tahun keempat universiti yang tinggal bersama bapanya, Kei. Kei ialah ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat farmaseutikal. Sungguhpun tinggal bersama, namun hubungan antara mereka kurang memuaskan. Pada satu hari, Kei meminum bancuhan dadah yang boleh mematikan dan menghidupkannya semula dalam masa 2 hari. Ini dilakukan kerana ingin mengetahui siapakah yang cuba mencuri daripada syarikatnya. Malangnya, eksperimen Kei gagal dan dia “hidup” semula sebagai hantu. Dengan pertolongan pekerja syarikat Matsuoka Taku, Nanase berusaha untuk membawa pulang ayahnya ke dunia nyata.

One Summer Story (子供はわかってあげない)

Pengarah: OKITA Shuichi 沖田修一 / 2020 / tempoh akan ditentukan / Drama, Anak Muda

Sakuta Minami ialah seorang pelajar tahun dua yang mewakili sekolahnya sebagai perenang. Semasa membuat latihan kuak lentang, dia melihat sekeping gambar “Koteko”, protagonis siri anime TV, “Buffalo Koteko is the Magical Plasterer” yang popular dalam kalangan tertentu. Sebagai peminat siri tersebut, dia tertarik dengan Moji Shohei, anak bongsu guru kaligrafi yang sebaya dengannya serta peminat siri yang sama. Semasa menghabiskan cuti musim panas bersama, tidak disangka Minami memulakan perjalanan mencari bapanya yang hilang dengan Shohei menyertainya. 

STEP (ステップ)

Pengarah: IIZUKA Ken 飯塚健 / 2020 / 119 minit / Drama, Keluarga

Takeda Kenichi, 30, membesarkan sendiri anak perempuannya Miki yang berusia 2 tahun selepas kematian isterinya, Tomoko pada usia yang amat muda. Dia menghadapi pelbagai masalah dan halangan tetapi dengan sokongan daripada masyarakat sekeliling dan semangat Tomoko yang masih dia percayai menghuni rumah mereka, membulatkan tekad Kenichi untuk mengatasi masalahnya. 

Talking the Pictures (カツベン!)

Pengarah: SUO Masayuki 周防正行 / 2019 / tempoh akan ditentukan / Drama, KomediSometani Shuntaro ialah seorang lelaki muda yang memiliki impian untuk menjadi seorang benshi (pencerita langsung untuk filem senyap). 10 tahun kemudian, Shuntaro kini bekerja untuk sekumpulan pencuri bergerak sebagai seorang benshi palsu. Apabila ketuanya ditangkap, Shuntaro melarikan diri dan berjaya berlindung di sebuah teater wilayah, Aokikan. Di sana, dia membuktikan kemahirannya sebagai benshi tetapi popularitinya mendatangkan rasa cemburu terhadap seorang benshi saingannya. Dia juga bertemu semula dengan cinta hati zaman kanak-kanaknya tetapi sekali lagi dia terpaksa melarikan diri…

Fable_Teaser_B1_Ol4

The Fable (ザ・ファブル)

Pengarah: EGUCHI Kan / 江口 カン / 2019 / 123 minit / Aksi

Dikenali sebagai The Fable, dia ialah seorang pembunuh misteri yang selalu menggugat penjenayah. Dia mendapat tugasan daripada majikannya untuk hidup normal selama setahun. Penyamarannya dengan nama “Sato Akira” dan rakannya dikenali sebagai “Yoko” dimulakan sebagai adik-beradik, memelihara seekor burung kakak tua dan pekerjaan separuh masa. Dia amat gembira dengan kehidupan ini tetapi masalah selalu menghantuinya. The Fable mesti kekal selamat daripada situasi hidup dan mati tanpa membunuh sesiapa pun. Mampukah dia kembali menjalani kehidupan yang aman?

We Make Antiques! Kyoto Rendezvous

(嘘八百 京町ロワイヤル)

Pengarah: TAKE Masaharu 武正晴 / 2020 / tempoh akan ditentukan / Komedi, Drama

Koike Norio, pengedar barangan antik and Noda Sasuke, pembuat tembikar bertemu semula di Kyoto atas sebab yang tidak pasti. Mereka gemarkan barangan antik, cekap dan bersatu hati tepat pada tempatnya. Duo antik ini amat terpukau dengan seorang wanita cantik berkimono yang kehilangan barang pemberian ayahnya akibat yang ditipu dan dirampas oleh seorang pengedar antik tersohor. Untuk membantu wanita ini, mereka berdua merancang untuk kembali mengena dan memperdaya lelaki itu untuk kesekian kalinya.

YASHIRO Takeshi Stop Motion Animation

(八代 健志ストップモーションアニメーション短編集)

Pengarah: YASHIRO Takeshi 八代 健志 / tempoh akan ditentukan

4 karya terpilih juruanimasi gerak henti pemenang anugerah, YASHIRO Takeshi.

NORMAN THE SNOWMAN-The Northern Light- (2013)

Apabila salji pertama gugur di sebuah bandar di utara negara, seorang budak lelaki menyusup keluar dari rumahnya untuk menaiki kereta api bersama rakannya “Norman Si Makhluk Salji.” Mereka berdua menyaksikan keindahan alam semula jadi yang selalu diceritakan oleh Norman.

NORMAN THE SNOWMAN-On a Night of Shooting Stars- (2016)

Malam esok ialah malam lintasan tahi bintang! Permulaan baharu “Norman Si Makhluk Salji” dengan Norman dan rakannya menjelajah untuk melihat langit yang dipenuhi bintang.

Moon of a sleepless night (2015)

Seekor tupai dan budak lelaki memulakan perjalanan bersama untuk mengembalikan semula waktu siang. Mereka mesti mencari dan melepaskan bulan yang tersangkut pada pokok yang bertempat amat jauh.

Gon, The Little Fox (2019)Apabila Gon, seekor musang yang ceria mendapati Hyoju baru kehilangan ibunya, dia cuba memujuk dan menebus kesilapannya yang terdahulu dengan membawa hadiah kecil setiap hari secara rahsia kepada anak tersebut. Hyoju tidak menyedari siapakah yang memberinya hadiah tersebut dan keduanya akan bertembung pada kemuncak kisah yang menyayat hati ini.

The Japan Foundation, Kuala Lumpur

jfkl.org.my • fb.com/theJapanFoundationKL • instagram.com/jf_kualalumpurJapan Foundation (Yayasan Jepun) ialah sebuah organisasi bukan untung yang ditubuhkan pada 1972 bertujuan mempromosi pertukaran saling kebudayaan antara Jepun dengan negara-negara lain. Pejabatnya di Kuala Lumpur mula diwujudkan pada Oktober 1989. Objektif utama JFKL ialah membangunkan kefahaman saling antara rakyat melalui budaya dan bahasa di rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ryan Deedat | 23

Ryan Deedat Lancar Single Ke-4 Berjudul MONALISA Berentak Reggaeton

Zali Rusli | 24

Zali Rusli Lancar Single Berjudul PEWANGI, Enggan Disamakan dengan Abangnya, Haqiem Rusli