in , ,

Zali Rusli Lancar Single Berjudul PEWANGI, Enggan Disamakan dengan Abangnya, Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli turut merasa debaran apabila single pertama adik beliau iaitu ZALI RUSLI berjudul PEWANGI dilancarkan dan seterusnya diperdengarkan kepada khalayak pendengar.

Zali Rusli yang berusia 15 tahun juga sangat teruja memandangkan lagu ini merupakan lagu sulungnya dan dihasilkan pula oleh abangnya, Haqiem Rusli dan Ibnu bakal dilancarkan tepat jam 12 malam ini (02hb 10 2020) di semua platform streaming – Joox, spotify, deezer dan lain lain.  

Manakala muzik video akan dilancarkan bermula jam 8 malam, 2 Oktober 2020 di saluran Youtube FMC Music. 

Zali Rusli Lancar Single Berjudul PEWANGI, Enggan Disamakan dengan Abangnya, Haqiem Rusli

Mengikut jejak Haqiem, Zali yang masih belajar di tingkatan 3, merupakan anak bongsu dari 4 beradik turut meminati bidang nyanyian. Acapkali mengikuti dan menonton persembahan abang beliau, Zali menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas bersama abangnya suatu masa nanti.

Setelah dilamar oleh syarikat rakaman FMC Music, Zali dikenakan syarat oleh kedua ibu bapanya agar tidak mengabaikan pelajaran. Malahan Haqiem sendiri selaku abang memberi sokongan sepenuhnya kepada Zali untuk melangkahkan kaki sebagai anak seni tetapi harus memberi tumpuan juga pada pelajaran. 

Mempertaruhkan lagu ciptaan abang beliau sendiri, Zali Rusli meletakkan harapan yang tinggi pada lagu tersebut dan berharap agar pendengar tidak membandingkan beliau dengan abangnya. Kerana menurut Zali beliau menyampaikan lagu PEWANGI dengan cara nyanyian beliau sendiri dan tidak terpengaruh dengan cara nyanyian Haqiem Rusli walaupun lagu tersebut dicipta oleh abangnya.

PEWANGI lagu terbitan dan edaran FMC Music – Ciptaan HAQIEM RUSLI / IBU , dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh HAQIEM RUSLI.

Zali Rusli Lancar Single Berjudul PEWANGI, Enggan Disamakan dengan Abangnya, Haqiem Rusli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PESTA FILEM JEPUN 2020 Kembali Lagi, Ini Senarai Filem Yang Ditayangkan

“Tidak, Tiada Apa-Apa,” Neelofa Nafi Bercinta dengan PU Riz