in , ,

Ryan Deedat Lancar Single Ke-4 Berjudul MONALISA Berentak Reggaeton

Hampir 10 tahun berkecimpung dalam arena muzik tempatan, penyanyi dan komposer Ryan Deedat semakin selesa dengan hala tuju muziknya. Penyanyi yang mesra disapa sebagai Ryan ini memulakan kerjaya nyanyiannya bersama kumpulan alternatif rock RVL sejak tahun 2010.

Bersama kumpulan RVL, Ryan pernah beraksi sebagai pembuka tirai dalam konsert-konsert artis antarabangsa seperti Simple Plan, Against The Current, Tiffany Alvord, Jason Chen, Megan Nicole, Clara C dan artis K-Pop, Alexander dari kumpulan “U-KISS”.  Namun sejak bergerak solo pada tahun 2017, nama Ryan semakin dikenali peminat muzik. 

Menerusi single debut ‘Salimah’, Ryan berjaya menempa nama apabila gandingannya  bersama Allahyarham Sandra Dianne dalam lagu ‘Salimah’ mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menjuarai carta radio dan tersenarai dalam cara platform digital seperti Joox.

RYAN DEEDAT

Selepas kejayaan ‘Salimah’, Ryan juga pernah muncul dengan beberapa single seperti ‘Propa’ (2019) dan ‘Menari Dalam Gelap’ (2020). Bagi mengukuhkan lagi namanya sebagai penyanyi yang memberikan warna kepada industri muzik Malaysia, kini Ryan kembali dengan single keempatnya yang berjudul MONALISA.

Sekali lagi mengangkat nama wanita sebagai judul lagu, kali ini Ryan mengangkat nama wanita yang masyhur di dunia. MONALISA merupakan ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.

Lagu ini turut mendapat sentuhan komposer dan penerbit terkenal Omar K sebagai penerbit rakaman. Lagu berentak reggaeton yang diberikan susunan muzik indah ini turut disuntik dengan elemen muzik Timur Tengah.

Seakan mengambil inspirasi daripada karya agung lukisan Leonardo da Vinci, senyuman misteri wanita dalam potret Mona Lisa berjaya menawan sesiapa sahaja yang menatapnya.

RYAN DEEDAT

Begitu juga dengan lagu ini, melodi lagu yang mesra telinga ini dihiasi dengan senikata bercerita tentang obsesi seorang lelaki terhadap seorang wanita misteri yang berjaya mencuri perhatiannya.

 “Ini merupakan kolaborasi pertama Universal Music bersama Ryan. Selain daripada bakatnya, kami tertarik dengan aspirasi dan potensi yang Ryan miliki untuk membawa muzik Malaysia ke peringkat global.  

Kami sudah menyediakan perancangan rapi untuk mengukuhkan lagi status Ryan sebagai pejuang muzik urban di Malaysia bermula dengan lagu Monalisa ini.

Kami menjangkakan lagu yang membawa konsep global ini bukan sahaja mampu menaikkan populariti Ryan, malah ianya juga mampu membuka lebih peluang untuk Ryan bertapak dalam arena muzik antarabangsa,”

– Anne Mukhtar
RYAN DEEDAT

Mengulas tentang single terbaharunya, Ryan berkata,

Setelah muncul dengan lagu berentak EDM dan ballad, kali ini saya kembali semula menghasilkan karya berentak reggaeton seperti awal kemunculan solo saya dahulu.

Saya berharap lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan positif pendengar malah ianya akan menjadi siulan ramai dan membuatkan mereka ingin turut berdansa mengikut rentak lagu.”

– Ryan Deedat
QUOTES-5

Turut dilancarkan video muzik rasmi MONALISA sebagai pendamping visual lagu ini. Video muzik rasmi yang dimuatnaik di saluran YouTube Official Ryan Deedat sejak 18 September lalu, merupakan arahan Azamul Ashraff dan terbitan bersama Fave Productions Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia .

RYAN DEEDAT

Video muzik ini turut menampilkan bakat Ryan Deedat beraksi dan menari di samping Marrisa Bahri (Team Squad) dan kumpulan penari DP Fam yang masing-masing pernah terlibat dalam rancangan realiti Dansa Dan Sing anjuran Astro pada awal tahun ini. 

MONALISA merupakan terbitan bersama Fave Productions Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia. MONALISA kini boleh didapati di pelantar digital kegemaran seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 18 SEPTEMBER 2020 lalu. Manakala video muzik rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Official Ryan Deedat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tawaran Istimewa di Festival Batu Permata Habib Bulan Oktober Ini

PESTA FILEM JEPUN 2020 Kembali Lagi, Ini Senarai Filem Yang Ditayangkan