in

Perubahan Konsep Showdown 2013 Bikin Kejutan

Hey kawan-kawan hip hop yang sempoi yaww… Pencarian kru tarian terhebat kembali lagi! Ya, pertandingan tarian paling gempak SHOWDOWN kini kembali untuk musim ke-4!

Showdown yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian kru tarian jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik!

Setelah bersiaran selama tiga musim, SHOWDOWN ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya meraih pelbagai anugerah antaranya Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan 2011 dan Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010 menjadikan program ini antara program terhebat dalam sejarah televisyen Malaysia.

Showdown 2013

Penari-penari paling berbakat negara bakal berentap dalam SHOWDOWN 2013 bagi merebut gelaran juara dalam pertandingan tarian paling hangat abad ini. Rancangan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan tarian jalanan yang sebelum ini kurang mendapat perhatian ramai. Disamping itu, rancangan ini turut dirangka untuk memberi penghormatan dan perhatian kepada tarian unik penuh ekspresi ini.

Pada musim ini, SHOWDOWN 2013 kembali lebih hebat, lebih meriah dan lebih mega dari sebelumnya! Hadir dengan format baru, SHOWDOWN 2013 kali ini tampil dengan tiga kategori berbeza untuk memberi lebih banyak peluang kepada peminat seni tarian di Malaysia.

Antara kategori yang dipertandingkan pada tahun ini ialah Kategori Junior, Kategori Terbuka dan Kategori All Star. Kategori Junior dibuka untuk rakyat Malaysia berumur bawah 18 tahun manakala Kategori Terbuka dibuka untuk rakyat Malaysia tanpa had umur. Ujibakat bagi kedua-dua kategori ini akan dijalankan serentak pada 11 Mei 2013 jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Ujibakat SHOWDOWN 2013 ini akan diadakan di di Dewan A, Menara Matrade, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, Kuala Lumpur. Setiap kru yang berminat untuk menyertai ujibakat mesti terdiri dari empat hingga lapan orang anggota.

Bagi Kategori All Star pula ia terbuka untuk kru-kru yang dijemput oleh pihak 8TV sahaja. Berbeza dengan Kategori Junior dan Kategori Terbuka yang perlu menghadiri ujibakat, Kategori All Star akan beraksi di pentas ‘Showcase’ SHOWDOWN 2013 untuk mempamerkan persembahan hebat masing-masing.

Kesemua kru yang berjaya dalam sesi ujibakat akan mara ke peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum beraksi di pentas akhir SHOWDOWN 2013.

Tiga (3) kru yang berjaya ke peringkat seterusnya dalam kategori masing-masing akan beraksi di pentas akhir SHOWDOWN 2013 pada 6 Julai 2013 di mana kru-kru ini akan mempersembahkan gerak tari kreatif untuk menarik perhatian juri dan penonton dan seterusnya dijulang sebagai juara dalam kategori masing-masing.

Menariknya SHOWDOWN 2013 menawarkan hadiah dan gelaran juara bagi setiap kategori! Bagi Kategori Junior, SHOWDOWN 2013 menawarkan wang tunai bernilai RM10,000 untuk tempat pertama manakala RM 5,000 untuk tempat kedua.

Juara Kategori Terbuka pula bakal memenangi wang tunai bernilai RM50, 000 serta perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat Asia. Naib juara tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM20, 000.

Untuk Kategori All Star pula, kru yang bakal bergelar juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM75, 000 di samping perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat antarabangsa bernilai RM175 , 000. Naib juara pula bakal memenangi hadiah wang tunai RM30, 000.

SHOWDOWN 2013 mengalu-alukan kedatangan Sprite selaku penaja rasmi. Ini merupakan kali pertama SHOWDOWN 2013 dan Sprite berganding bahu untuk menaikkan kehebatan acara ini ke peringkat baru. Sprite, jenama yang sentiasa bergaya, unik dan menyegarkan ingin mengajak para peminat untuk mentakrifkan semula amalan normal mereka secara kreatif. Ke arah itu, buat julung kalinya Sprite mempersembahkan SPRITE SPLASH DANCE di Malaysia!

Berasaskan konsep ‘Freedom from Thirst’ yang mengandaikan seseorang yang bebas daripada kedahagaan adalah juga bebas untuk bergerak dan meluahkan personaliti sendiri, SPRITE SPLASH DANCE memberi anda peluang untuk melepaskan bakat terpendam dan menyatakan keunikan sendiri. Walaupun Sprite bangga untuk menjadi sebahagian daripada tayangan gambar Step Up 3 yang popular itu, kami tidak berhenti di situ sahaja. Kami ingin membawa keseronokan SPRITE SPLASH DANCE yang dilambangkan oleh pergerakan “liquid freedom” kepada pemuda dan pemudi Malaysia. Walaupun pergerakan tersebut memperlihatkan ketenangan, kelancaran dan kebebasan, kuasanya amat menyemarakkan semangat!

Minuman Sprite yang masam manis berperisa buah-buahan citrus memberi kesegaran segera dan melepaskan semangat untuk bergerak bebas. Dengan kesegaran daripada Sprite, anda akan dapat mencergaskan minda, menggiatkan tubuh badan dan meningkatkan daya kreativiti demi menyerlahkan bakat menari anda.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul, program realiti Showdown sememangnya memberi impak besar dalam seni tarian di Malaysia.

Pengurus Kawasan Jenama Sprite di Coca-Cola Malaysia, Lim Kean Yew berkata:

“Kita dapat saksikan ramai penari berbakat di Malaysia yang memberikan persembahan memukau dengan gerak tari luar biasa di pentas SHOWDOWN. Setelah bersiaran selama tiga tahun, SHOWDOWN 2013 kali ini tampil berbeza dengan format baru untuk memberi lebih peluang kepada orang ramai.

“Kami di 8TV bukan hanya memberi hiburan semata-mata malah memberi platfom terbaik untuk peserta SHOWDOWN menimba pengalaman di luar negara. Sebagai contoh, tahun lepas juara SHOWDOWN 2013 Dem Lepak Boyz berpeluang menyertai bengkel tarian di Lorrach, Germany,” tambah beliau.

“Keasyikan, bakat dan tenaga yang persembahkan dalam Showdown menyediakan landasan yang sempurna untuk penglibatan Sprite dalam acara ini. Kami inginkan warga Malaysia, terutamanya kaum belia, untuk mengambil kesempatan ini dan melepaskan keindividuan masing-masing daripada kehausan mental dan fizikal. Sprite sentiasa berpegang kepada prinsip menyediakan peluang kepada orang ramai dan memberi ilham kepada semua untuk melafazkan kehebatan masing-masing melalui sukan, muzik dan, untuk kali ini, tarian!”

Meskipun terdapat banyak perubahan, rancangan ini kekal dengan keasliannya dan mengalu-alukan kedatangan Hafiz Hatim sebagai manakala Joe Flizzow dan Maple Loo sebagai juri.

Lebih menarik, tahun ini SHOWDOWN 2013 turut menampilkan juri-juri antarabangsa antaranya YNOT dari USA dan Sheena Vera Cruz dari Filipina yang akan mengadili Kategori Junior manakala Junior Boogaloo dan Bboy Full Deck dari USA yang akan mengisi tempat juri untuk Kategori Terbuka. Bagi Kategori All Star pula, SHOWDOWN 2013 menerbangkan Mr Wiggles dan Jay Smooth dari USA.

Tahun ini juga, SHOWDOWN 2013 bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 10.30 malam dan 10.00 malam. SHOWDOWN 2013 akan memulakan siaran pada 19 Mei 2013 (Ahad) jam 10.00 malam eksklusif di 8TV!

Jadi apa yang anda tunggu lagi, pastikan anda turut serta dalam ujibakat SHOWDOWN 2013. Jangan ketinggalan menyaksikan gerak tari kreatif dalam SHOWDOWN 2013 eksklusif di 8TV.

8TV turut disiarkan di Astro saluran 708. Kini anda juga boleh menyaksikan program-program kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Showdown 2013

Showdown 2013

Showdown 2013

Showdown 2013

Showdown 2013

Showdown 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Ini Sinopsis Filem KIL Lakonan Redza Minhat & Christina Suzanne

Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Muzik Video Lagu Galau