in ,

Filem Carmina Arahan Hans Isaac Bakal Cetus Kontroversi

Gara-gara kecewa dengan filem Lemak Kampung Santan tak dapat sambutan, Hans Isaac nekad mahu mengarah sebuah filem berkonsepkan seni yang diambil dari kisah benar hidupnya berjudul Carmina. Filem ini dikatakan akan mencetuskan kontroversi untuk ditayangkan pada festival filem di luar negara seperti Pesta Filem Cannes.

Filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia sebab Hans Isaac tak mahu filem ini menjadi mangsa suntingan Lembaga Penapis Filem (LPF). Menurut Hans, dia mahu hasil kerjanya disaksikan sepenuhnya di pawagam tanpa suntingan. Kini, Hans Isaac sudah bersedia menanggung risiko gara-gara keputusannya mengarahkan filem sensasi itu. Haha, mampu?

Filem ini akan menjalani pengambaran di Singapura dan menggunakan produksi kawan Hans di sana. kos, semuanya ditanggung oleh Tall Order Productions. Hans Isaac telah mengumumkan perkara ini di majlis sidang media mengumumkan penangguhan pementasan teater Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, petang semalam.

“Apa yang boleh saya katakan, filem Carmina ini mempunyai ciri-ciri yang mungkin diklasifikasikan tahyul oleh LPF. Ini membuatkan filem itu akan ditapis terlebih dulu sebelum ditayangkan di Malaysia. Saya tidak akan benarkan perkara itu berlaku.”

Kini, Hans tengah sibuk mencari pelakon utama filem Carmina

“Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai pengarah filem komedi. Filem baru ini akan mencabar kreativiti saya untuk mengarahkan filem berkonsep seni dan drama. Terus terang, saya lebih suka mengarah filem drama berbanding komedi kerana komedi sangat mudah.

“Filem bergenre drama memerlukan saya lebih kreatif. Ini kerana saya perlu memikirkan pelbagai aspek seperti gerak kerja kamera, syot dan skrip. Saya perlu ‘larut’ di dalamnya untuk mendapatkan rasa dikehendaki.”

Bakal memulakan proses penggambaran Februari tahun depan, ketika ini, kata Hans, filem Carmina masih dalam peringkat pasca produksi.

“Saya masih tercari-cari pelakon utamanya. Besar kemungkinan saya tidak akan berlakon dalam filem ini. Untuk watak saya itu, saya memerlukan pelakon yang mengenali saya dan ibu saya dengan rapat.”

Budiey ucapkan syabas dan selamat maju jaya buat Hans Isaac. Semoga berjaya!

IMG_8841

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Eksklusif Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Review Hotel La Flora Patong Phuket