in , ,

Bapa Mertua Adam Corrie Lee Meninggal Dunia

Dua hari lalu Budiey ada baca luahan rasa seorang pelakon pelakon bernama Adam Corrie Lee yang memuat naik gambar bapa mertuanya di Instagram. Khabarnya, bapanya tu ada masalah kesihatan. Tengah sakit tenat. Terlantar kat atas katil.

Semalam, pada belah petang macam tu, Adam Corrie telah memaklumkan bapa mertuanya itu dah meninggal dunia. Innalilah, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin…

Corrie Lee

Berita ayah mertua Corrie kembali ke rahmatullah itu dikongsikan oleh beliau menerusi sekeping gambar di Instagram.

“Setiap yang hidup pasti mati.”

“Abah (bapa mertua) saya telah menghembus nafas terakhir pada hari ini pada pukul 6:20 petang ini.”

Semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.”

– Adam Corrie

Sebelum ini Adam Corrie memberitahu ayah mertuanya itu memerlukan dia menjalani rawatan dialisis sejak 7 tahun lalu. Rawatan itu terpaksa dihentikan sebab badannya tak boleh menerima lagi.

Corrie Lee

Adam Corrie Lee, 50, mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee. 

Posting ini mendapat respon daripada netizen dan pelayar IG dengan menghulurkan salam takziah dan meminta semoga keluarga Ada Corrie dan isteri bersabar menempuh dugaan dan kehilangan orang yang disayangi.

Adam Corrie

Adam Corrie juga turut memberitahu mendiang bapanya telah meninggal dunia 9 tahun lalu kerana kanser hidung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelanggan Netflix Kini Boleh Kongsi Filem Kegemaran di Insta Story

Ajak & Shahrul Shiro Umum Tamat Kontrak Jadi Penyampai Radio