in , ,

Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Dipanggil Bukit Aman Bagi Bantu Siasatan

Pada hari ini, Bukit Aman mengesahkan bahawa pihak mereka telah memanggil Azwan Ali untuk membantu siasatan mengenai penularan sebuah klip video baru-baru ini.

Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, siasatan tersebut dijalankan kerana pengacara popular itu dipercayai memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video Azwan Ali kerana didapati telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

Rakaman video berdurasi 41 saat tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021.”

– Datuk Huzir Mohamed

Sisatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada 21 Januari 2021, Azwan Ali telah dipanggil ke Pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan. Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut.”

– Datuk Huzir Mohamed

Justeru itu, PDRM turut meminta orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak meggunakan platform tersebut hingga boleh mendatangkan kegentaran pada orang awam selain menggugat keharmonian negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hiasan Trending Viral | 23

Bayaran BPN 2.0 Kategori B40 Bermula Hari Ini, M40 Mulai 25 Januari

Safiey Illias | 24

Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik