in ,

Bayaran BPN 2.0 Kategori B40 Bermula Hari Ini, M40 Mulai 25 Januari

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) untuk kategori B40 bermula hari ini.

Dalam pada itu, bayaran  kedua untuk kategori M40 akan dibuat pada 25 Januari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran berkenaan adalah meliputi mereka yang telah lulus rayuan.

“Bagi mereka yang tiada akaun bank atau yang gagal kredit, penunaian boleh dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) seawal 25 Januari ini,”. 

“Secara keseluruhannya, fasa kedua BPN 2.0 akan meletakkan RM2.38 bilion ke dalam tangan lebih 11.06 juta penerima, merangkumi 5.82 juta penerima individu bujang serta 5.24 juta penerima isi rumah,” katanya dalam Laporan Laksana ke-37 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), hari ini.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bapa 3 Orang Anak Ditahan Seludup Daun Ketum, Dipercayai Guna Duit i-Sinar

Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Dipanggil Bukit Aman Bagi Bantu Siasatan