in , ,

Pereka Fesyen Rizman Pilih Nurida Suraya, Ahli Perniagaan Sebagai Bakal Isteri

PEREKA fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin, 35, bakal menamatkan zaman bujangnya selepas mengikat tali pertunangan dengan Nurida Suraya, 30, pada Khamis.

Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.

Pereka Fesyen Rizman Pilih Nurida Suraya, Ahli Perniagaan Sebagai Bakal Isteri
Rizman dan bakal isterinya, Nurida Suraya bakal bernikah tidak lama lagi. – Gambar Instagram RIZMAN

“Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana segalanya berubah apabila kita bertemu dengan orang yang tepat dalam hidup kita.

“Doakan semoga segala urusan berjalan dengan baik. Insya-Allah dalam masa terdekat akan berlangsung (majlis pernikahan),”

– Rizman

Rizman sebelum itu memuat naik fotonya bersama seorang wanita yang mana kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon berwarna biru di laman Instagram peribadinya @rizman.n.

Pereka Fesyen Rizman Pilih Nurida Suraya, Ahli Perniagaan Sebagai Bakal Isteri

Sekalipun tiada sebarang kapsyen mengenai majlis pertunangannya dengan ahli perniagaan itu yang dikongsi, namun foto berkenaan menarik perhatian ramai pengikutnya termasuk selebriti tanah air seperti Erra Fazira, Anuar Zain dan Jaclyn Victor.

Kesemua mereka mengucapkan tahniah kepada pereka fesyen ternama kelahiran Pulau Pinang itu.

Pengikut-pengikut Rizman turut menitipkan ucapan yang sama selain mendoakan urusan masa depan pasangan berkenaan dipermudahkan.

Rizman dan rakan perniagaannya, Ruzaini merupakan antara pereka fesyen yang sangat disenangi ramai.

Kedua-dua mereka sering menghasikan rekaan yang eksklusif dan elegan sehingga sentiasa menjadi pilihan artis-artis popular serta isteri-isteri tokoh kenamaan.

Pereka Fesyen Rizman Pilih Nurida Suraya, Ahli Perniagaan Sebagai Bakal Isteri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Rahman Hassan Masuk ICU, Alami Jangkitan Kuman

Taruhan Pertama Pasya Menerusi RAPSODI JALANAN