in ,

Taruhan Pertama Pasya Menerusi RAPSODI JALANAN

Setelah merangkul gelaran Naib Juara dalam program Mentor 7 yang lalu, Faizul Ashraf Fauzi atau lebih dikenali sebagai Pasya mula merencana kerjaya seninya. Sebagai langkah pertama dalam mengukir namanya di persada seni,  protege kepada Aizat Amdan ini mempertaruhkan RAPSODI JALANAN sebagai single pertamanya.  

Pasya RAPSODI JALANAN

Lagu yang membawakan konsep pop rock ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Ibnu Fred turut mendapat sentuhan penggubah lagu tersohor, Anas Amdan sebagai penerbit rakaman.

Lagu yang mengangkat tema cinta yang tidak disambut menjadi bertambah syahdu apabila Pasya menyampaikannya dengan penuh penghayatan. Vokal Pasya yang dikatakan mirip  dengan penyanyi lagenda Allahyarham Saleem, pastinya mampu membuat pendengar terbuai dengan lunak merdu suaranya dalam setiap tarikan vokalnya. 

Single Rapsodi Jalanan” merupakan terbitan Monkey Bone dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Lagu iniboleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 22 FEBRUARI 2019

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT PASYA DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK                  :https://www.facebook.com/pasyamentor7official

INSTAGRAM                  :https://www.instagram.com/pasya_mentor7

TWITTER                  :https://twitter.com/pasyamentor7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pereka Fesyen Rizman Pilih Nurida Suraya, Ahli Perniagaan Sebagai Bakal Isteri

Hafizh Syahrin Sambut Raya Bersama Keluarga Setelah Tiga Tahun Berjauhan