in , ,

Pereka Fesyen Kecam Baju Melayu Ketat Aliff Syukri dalam Cak Cun Cak Raya

Boleh dikatakan sudah empat tahun berturut-turut usahawan popular, Datuk Seri Aliff Shukri akan tampil dengan lagu raya baharu.

Tidak ketinggalan pada tahun ini apabila Aliff akan muncul lagi dengan lagu baharu Cak Cun Cak Raya, di mana video teaser sudah dikongsikan di akaun Instagram miliknya.

“Beri laluan lagu raya no1 trending 4tahun berturut.. Cak cun cak raya..

“Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.. dari artis no1 Malaysia,” tulisnya.

Bagaimanapun, ternyata video berkenaan telah mendapat kecaman hebat netizen gara-gara pakaian yang dipakai olehnya bersama penari iringan.

Dalam video berkenaan, Aliff kelihatan tampil memakai seakan-seakan Baju Melayu serta bersampin, tetap baju tersebut kelihatan cukup ketat.

Malah, ada yang menyifatkan baju yang dipakainya itu seolah-olah seperti pakaian renang serta ada yang mengatakan dia sengaja berbuat sedemkian untuk menarik perhatian.

Selain itu, ada juga netizen yang memberi peringatan agar usahawan itu mengenang kembali peristiwa dipanggil pihak SKMM gara-gara kontroversi muzik video Kelepok Raya pada tahun lalu.

“Sengaja je dia provoke buat baju macam tu orang kecam, dia akan dapat attention. Orang akan sebut, ni semua marketing, lepas tu keluar la video nangis minta maaf.

“Asal nk raya je dato mesti ada masalah mental. Semoga Aliff Syukri diberi kesihatan yg baik. Kesian anak2,” komen beberapa orang netizen.

Pada masa sama, penampilan Aliff juga turut mendapat kecaman seorang pereka fesyen iaitu Jimmy Couture yang melihat penampilan berkenaan seperti perosak budaya.

“Maaf ya . Siapa lagi yang nak pertahakan budaya kita kalau kita sendiri menjadi perosak budaya .. ? . . I x nak cakap ni baju kebangsaan sbb x de point pon . Mmg x de rupa baju melayu . Tapi bila di pakai dengan songkok dan samping maknanya ?

“Nanti org negara luar tgk , dia akan gelakkn negara kita sbb mcm ni la .. dah la kita kurang budaya, banyak budaya yg dtg dari luar berhijrah di Malaysia. Bila dah ada yg original , x nak pulak kita hargai,” tulisnya di ruangan komen. 

Pereka Fesyen Kecam Pakaian Baju Melayu Ketat Aliff Syukri Cak Cun Cak Raya

Alif Syukri Tergedik-Gedik, Tak Hormati Ramadan – Syed

Pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegur tindakan usahawan sensasi Datuk Seri Alif Syukri yang seolah-olah tidak sensitif dengan kemuliaan bulan Ramadan apabila memuat naik klip video pendek lagu raya berjudul Cak Kun Cak Raya nyanyiannya di media sosial.

Syed berkata, video yang memaparkan usahawan itu terkinja-kinja bersama barisan penari dirasakan tidak sesuai pada bulan penuh kemuliaan ini dan menyeru usahawan itu untuk menghormatinya.

“Kepada Datuk Seri Aliff Syukri, kita berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh keabdian kita kepada Allah SWT.

“Justeru itu saya rasa dengan video klip lagu Datuk Seri yang tergedik-gedik, penari latar di belakang itu sangat tidak sesuailah.

“Ini kerana, kita nak sambut Aidilfitri nanti adalah bertujuan untuk menyambut kemenangan melawan hawa nafsu, bukan sebab kita ikut hawa nafsu, tetapi kita sambut kemenangan dengan takbir, tahmid, tahlil kepada Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran video di TikTok.

Menurut Syed, dia juga turut menasihatkan agar Aliff tidak menari dalam setiap lagu yang ingin disampaikan.

“Walaupun ada orang kata tak sedap, tapi saya rasa sedaplah, ada bakat dan ada keyakinan penuh dalam diri anda. “Tapi dengan gaya penyampaian, nyanyian dan tarian terbabit sangat tidak sesuai. Ubahlah, tak payah menari pun tak apa, mennyanyi begitu pun cukuplah,” katanya.

Terdahulu lagu raya terbaharu nyanyian Aliff kembali mengundang kecaman netizen selepas berkongsi sedutan lagu rayanya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tahun lalu, Aliff dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, bagi membantu siasatan berhubung klip video lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jungkook BTS Dilantik Menjadi Duta Global Calvin Klein Yang Baharu

AFIQ MUIZ

Isteri Dakwa Afiq Muiz Sudah Tiga Kali Lafazkan Cerai Sejak 2020