in , ,

Perdana Menteri Sedia Bantu Nasib Lima Beradik Yatim Piatu

Kuala Lumpur: “We’re very lucky having him as our PM (Kita bertuah dapat Persana Menteri seperti dia (Ismail Sabri).”

Itu kata bapa saudara lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19, Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak, 36, selepas menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke kediaman mereka di Kota Perdana, Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Nasib lima beradik berkenaan iaitu Muhammad Hadhrami, 11, Husna Humaira, sembilan tahun; Muhammad Harraz, tujuh tahun; Muhammad Hawwas, enam tahun, dan Hannan Humaira, tiga tahun mendapat perhatian Ismail Sabri.

Perdana Menteri Sedia Bantu Nasib Lima Beradik Yatim Piatu

“Alhamdulillah terima ziarah Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ismail Sabri pada jam 12.00 tgh hari ini. Sangat baik dan ‘humble’ orangnya. Siap belanja anak-anak ini McDonald’s.

“Banyak yang YAB Perdana Menteri maklumkan untuk bantu anak-anak syurga ni. Seperti bantuan pendidikan, bantuan bulanan untuk datuk nenek dan sebagainya. Syukur, Allah hadirkan orang-orang hebat untuk bantu anak-anak syurga ni. Kami dah tak perlu risau lagi memikirkan mengenai masa depan mereka terutamanya berkaitan pendidikan mereka. Terima kasih YAB Perdana Menteri,”

– Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak
Perdana Menteri Sedia Bantu Nasib Lima Beradik Yatim Piatu

Mohd Ariff berkata sebelum ini, pihak Pejabat Perdana Menteri ada menghubunginya untuk memaklumkan Ismail Sabri mahu menziarahi dan bertemu lima anak saudaranya itu.

Beliau berkata, pada awalnya mereka sekeluarga tidak percaya dan apabila Ismail Sabri muncul di depan pintu rumah, mereka semua terharu dan terkejut.

Katanya, Perdana Menteri tiba pada jam 12 tengah hari tadi dan beliau sempat beramah mesra dengan lima anak saudaranya dan beredar sejam kemudian.

Perdana Menteri Sedia Bantu Nasib Lima Beradik Yatim Piatu

Perdana Menteri sempat memberikan nasihat kepada lima beradik itu selain menghulurkan sumbangan dan menzahirkan ucapan takziah kepada mereka sekeluarga dan menyatakan ingin membantu pendidikan lima anak adik beradik itu.

Lima beradik itu kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka, Abdul Razak Basiron, 67, dan Intan Sulaiman, 63.

Perdana Menteri Sedia Bantu Nasib Lima Beradik Yatim Piatu

Sebelum ini media melaporkan kisah sedih lima beradik yatim piatu selepas ibu mereka, Ida Haryanie, 38, meninggal dunia pada 7 Oktober lalu manakala bapa mereka, Mohd Nasir Tahal, 46, terlebih dahulu meninggal dunia pada 11 Ogos lalu ketika kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat COVID-19.

Perdana Menteri Sedia Bantu Nasib Lima Beradik Yatim Piatu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Insomniacks | 18

Selepas Lancar PULANG, Insomniacks Rakam Semula REMINISENSI

Band Seventeen Indonesia

Filem Dokumentari Panjang KEMARIN Tayang di Astro First 21 Oktober 2021