in ,

Bil Pesakit Covid-19 Lebih RM300,000, Ini Jawapan Pihak Hospital

Semalam tular di laman sosial satu bil hospital swasta yang difahamkan milik seorang pesakit COVID-19 yang berada di hospital selama 46 hari.

Apa yang menjadi perhatian warganet adalah bil hospital terbabit bernilai sebanyak lebih RM346,182 dan hampir sama dengan harga sebuah rumah atau kereta jenama BMW model M135i.

Difahamkan, menerusi laporan yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini. Bil hospital tersebut adalah dari Hospital Pakar KPJ Damansara kepada salah seorang pesakit COVID-19 yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pihak hospital telah mengesahkan bil tersebut menerusi temu bual bersama dengan portal media atas talian terbabit.

Bil Pesakit Covid-19 Lebih RM300,000, Ini Jawapan Pihak Hospital

Dalam kenyataan mereka semalam, pihak hospital difahamkan akan memberi sokongan tambahan kepada keluarga pesakit COVID-19 yang bil hospitalnya bernilai lebih RM300,000 dan menjadi topik perbincangan warganet. Syarikat itu turut menambah bahawa mereka mempunyai hubungan ‘hormat dan penyanyang’ dengan pesakit dan keluarga mereka.

“Yakinlah bahawa kami memberikan penjagaan terbaik kepada semua pesakit kami dan memberikan sokongan tambahan kepada keluarga. KPJ Damansara komited dengan standard keselamatan tertinggi yang melibatkan masyarakat, pelanggan, dan pekerjanya. Kami tetap berpandukan panduan, harapan, dan peraturan Kementerian Kesihatan,” kata syarikat itu seperti yang dilaporkan MalaysiaKini.

Bil hospital yang tinggi itu telah menjadi topik perbincangan warganet semalam. Persoalan yang timbul adakah pihak insurans akan membayar bil tersebut atau pun tidak turut menjadi perhatian warganet.

Sebahagian pula berkata mereka kini faham kenapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang rakyat Malaysia untuk jatuh sakit di musim COVID-19. Ini kerana ia bukan sahaja akan memberi kesan kepada sistem kesihatan negara, tetapi akan memberi kesan kepada ekonomi rakyat Malaysia.

Untuk rekod, bil tersebut telah berlegar ke laman sosial Twitter, Facebook sehinggalah ke aplikasi Whatsapp. Nama dan maklumat peribadi telah dipadam bagi melindungi indentiti pesakit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

11 Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Kembali Beroperasi Dalam Fasa 1, Ini Tarikh Bila Bermula

Malu Anak-Anak Semua Bertudung, Vicha Saywho Nekad Berhijab