in , , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton POLTERGEIST

Nah! Ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere POLTERGEIST- Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem seram yang penuh dengan aksi suspen yang pastinya banyak sekali kejutan ni. Sebanyak 200 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem seram POLTERGEIST akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 18 Jun 2015.

POLTERGEIST sebuah filem seram Hollywood yang cukup legend Budiey kira kerana ia adalah sebuah filem remake dari jenama filem yang cukup epik dan penuh dengan nilai yang membuatkan penonton menjerit ketakutan. Ya, Budiey berkata demikian kerana filem sebelum ini telah berjaya mencipta sejarah sekitar tahun 1980an. Kini, filem ini dihidupkan kembali oleh penerbit Sam Raimi yang juga pernah menjadi penerbit untuk filem Evil Dead.

Meletakkan garapan hasil arahan dari pengarah berwibawa yang muda Gil Kenan yang mana pernah mengarah filem Monster House, filem Poltergeist versi terbaru ini menjanjikan babak-babak menarik.

Dibintangi oleh pelakon berkarakter seperti Sam Rockwell yang pernah kita lihat lakonannya dalam Iron Man 2 sebagai Justin Hammer dan juga pelakon jelita Rosemarie DeWitt, Nicholas Braun, Jared Harris dan Kyle Catlett.

POLTERGEIST mengisahkan mengenai roh jahat yang mengganggu sebuah keluarga, roh tersebut juga menculik Madison Bowen “Kennedi Clements” anak bungsu Eric Bowen “Sam Rockwell”, sehingga anak Eric terjebak di dunia lain. Untuk menyelamatkan putrinya, Eric Bowen bersama keluarga perlu berdepan dengan roh jahat yang mengganggu mereka dan membawa anaknya ke dunia lain.

1Sht_Poltergeist_18June

Sinopsis Filem POLTERGEIST:

Director: Gil Kenan

Screenplay by: David Lindsay-Abaire

Produced by: Sam Raimi, Robert Tapert, Roy Lee

Cast: Sam Rockwell, Rosemarie DeWitt, Jared Harris, Jane Adams

Genre: Horror/ Thriller / Supernatural

Official Site:
20th Century Fox Official FB Page: www.facebook.com/foxmovies.my
Fox Malaysia’s YouTube Channel: https://www.youtube.com/user/FoxMalaysia Trailer
(YouTube): http://youtu.be/-PxoHaL6F7A

Plot outline: Legendary filmmaker Sam Raimi (“Spiderman,” “Evil Dead”, “The Grudge”) and director Gil Kenan (“Monster House”) contemporize the classic tale about a family whose suburban home is haunted by evil forces. When the terrifying apparitions escalate their attacks and hold the youngest daughter captive, the family must come together to rescue her before she disappears forever.

2Sht_Poltergeist_18June

Peraduan Tayangan Premiere Filem POLTERGEIST

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 200 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

16 Jun 2015 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere POLTERGEIST – Budiey.com di GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #POLTERGEIST kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua watak utama dalam filem POLTERGEIST

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere POLTERGEIST- Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Tayangan Premiere POLTERGEIST – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

14 Jun 2015 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 18 Jun 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

_Grd01.086400
_Grd01.086401L
_Grd01.086404
_Grd01.086405
_Grd01.086406
Df-08561_R
Df-13268_R

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SATURDAY NIGHT FEVER THE MUSICAL Kembali Gegarkan Istana Budaya

Peraduan Menang Tiket The Wknd Sessions