in , , ,

Peraduan Tayangan Filem BRIGHTBURN

Hai semua pembaca Budiey.com, jika anda meminati filem horror dan thriller, apa kata sertai peraduan ini untuk mendapatkan dua pass menonton filem yang membuatkan anda teruja untuk melihat kesudahannya.

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem horror-thriller ala super-hero terbaharu berjudul BRIGHTBURN akan menemui penonton tidak lama lagi. Budiey percaya filem macam ni membuatkan korang akan teruja dan tak sabar nak tahu apakah kesudahan penamat cerita, kan?

Yang menariknya, filem BRIGHTBURN merupakan filem yang diterbitkan oleh James Gunn dan Kenneth Huang. Filem yang bergenre superhero ini diarahkan oleh David Yarovesky manakala skripnya pula ditulis oleh Mark dan Brian Gunn. Filem ini dibintangi oleh Elizabeth Banks, David Denman, Jackson A. Dunn, Matt Jones dan Meredith Hagner. Melihat kepada poster di bawah ini pun dah terasa filem ini sangat misteri dan menyeramkan. Setuju tak?

Filem Brightburn

Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem BRIGHTBURN yang akan diadakan di GSC 1 Utama pada 8 Mei 2019 (Rabu). Terima kasih banyak-banyak buat Sony Pictures Malaysia! 

Semasa menonton filem ini momen-momen yang mendebarkan dan mengujakan perasaan menanti penonton. Budiey percaya dengan jalan cerita yang bagus, pengarah David Yarovesky mampu membuatkan anda semua rasa seriau dan suspen.

Isi Kandungan:

SINOPSIS FILEM BRIGHTBURN

BRIGHTBURN menceritakan tentang perihal pasangan suami isteri (Elizabeth Banks dan David Denman) yang tidak mempunyai anak. Suatu masa, ada satu tahi bintang atau meteor jatuh tak jauh dari rumah mereka. Pasangan ini menemui seorang anak yang berasal dari dunia lain di kawasan meteor itu terjatuh.

Pasangan ini tak memiliki anak, jadi mereka pun mengambil keputusan untuk mengambil anak tersebut sebagai anak angkat. Anak ini (Jackson A. Dunn) membesar dengan sihat dan kacak. Namun anak ini berbeza dengan anak normal yang lain. Anak ini memiliki kekuatan super power yang tidak dimiliki anak-anak biasa.

Dengan adanya kuasa luar biasa pada anak ini, dia digeruni dan ditakuti oleh semua orang. Kedua ibu bapa anak ini berusaha untuk membesarkan anak laki-laki mereka untuk menggunakan kekuatannya demi kebaikan, namun kejahatan dalam diri sang anak mulai tumbuh di dalam dan mulai terlepas.

Dapatkah mereka mengubah anak ini menjadi anak yang baik. Dapatkah anak ini melawan kejahatan yang tumbuh dalam dirinya? jadi, anda kenalah menonton kesudahan filem ini di pawagam berdekatan dengan anda.

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 9 Mei 2019.

Filem Brightburn

Peraduan Tayangan Premiere Filem BRIGHTBURN

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 helai baju T dan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

8 Mei 2019 (Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja.

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BRIGHTBURN – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Jangan lupa hashtag ini: #PremiereWithBudiey #BrightburnMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang SHARE di Facebook, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila share di Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan salah seorang pelakon filem BRIGHTBURN

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem BRIGHTBURNkerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

301679647 9798145995 O | 4

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – BRIGHTBURN

Tarikh tutup peraduan: 7 Mei 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) danpembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 9 Mei 2019.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem Brightburn
Filem Brightburn

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MARVEL STUDIOS’ AVENGERS ENDGAME Drone Show Lights Up Kuala Lumpur City Skyline

Lan Pet Pet & Pak Ya Kini Bermaafan