in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem POCONG THE ORIGIN

Budiey ada 100 pass untuk korang menonton filem POCONG THE ORIGIN bersama selebriti di TGV Cinemas 1 Utama pada 31 Mei 2019 (Hari Jumaat). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem seram yang berjudul POCONG THE ORIGIN.

Filem POCONG THE ORIGIN

Sinopsis Filem POCONG THE ORIGIN

Filem ini mengisahkan Ananta (Surya Saputra), seorang pembunuh telah dihukum mati oleh Negara. Sasthi (Nadya Arina), satu-satunya anak kepada Ananta, harus mengantarkan jenazah ayah untuk dikuburkan di kampung halamannya. Dengan ditemani Yama (Samuel Rizal), staff penjara, keduanya cepat-cepat mengejar masa untuk sampai ke kampung Ananta. Semasa dalam perjalanan, mereka telah menghadapi pelbagai ujian dan kejadian aneh yang cukup menyeramkan.

Filem ini diarahkan oleh Monty Tiwa dan dilakonkan oleh Nadya Arina sebagai Sasthi, Samuel Rizal sebagai Yama, Della Dartyan sebagai Jayanthi, Surya Saputra sebagai Ananta, Tyo Pakusadewo sebagai Ki Endang, Reza Nangin sebagai Dodi, Anom Perkasa sebagai Dirman dan ramai lagi.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Jun 2019.

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 100 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak seram ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 31 Mei 2019 (Hari Jumaat).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer POCONG THE ORIGIN yang telah ditayangkan di Youtube.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Peraduan Premiere With Budiey Menonton POCONG THE ORIGIN

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 100 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
31 Mei 2019 (Hari Jumaat)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere POPOCONG THE ORIGIN – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #PocongTheOriginMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #PocongTheOriginMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama filem POCONG THE ORIGIN

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan POCONG THE ORIGIN – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem POCONG THE ORIGIN

Tarikh tutup peraduan:

29 Mei 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 4 Jun 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem POCONG THE ORIGIN
Filem POCONG THE ORIGIN
Filem POCONG THE ORIGIN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Sudirman Order 15,000 Kad Raya Untuk Peminat” – Bekas Pengurus

Brian McFadden Tetamu Istimewa di Konsert Boyzone’s Thank You & Goodnight Farewell Tour