in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem KUNTILANAK 2

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem KUNTILANAK 2 bersama selebriti di TGV Cinemas 1 Utama pada 22 Julai 2019 (Hari Isnin). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem seram dari negara Indonesia yang berjudul KUNTILANAK 2.

Filem KUNTILANAK 2 adalah sebuah filem lanjutan daripada kisah filem Filem KUNTILANAK yang ditayangkan pada tahun 2018.

Filem ini telah pun ditayangkan di Indonesia dan dikatakan cukup enak ditonton, menghiburkan dan tidak perlu untuk menampilkan adegan yang penuh dengan darah berlebihan.

Kuntilanak 2

Sinopsis Filem KUNTILANAK 2

Filem ini mengisahkan tentang kisah selepas Dinda menghadapi saat getir berdepan dengan rasukan Kuntilanak, kali ini Dinda kembali harus berurusan dengan makhluk yang sama semasa beliau berusaha untuk mencari ibunya.

Filem garapan sutradara Rizal Mantovani ini menceritakan kisah pertemuan Dinda dengan sosok perempuan yang mengaku sebagai ibu kandungnya.

Seorang perempuan bernama Karmila datang menemui Tante Donna dan mengaku sebagai ibu kandung Dinda. Tante Donna rasa sangat hairan dengan keadaan dan rupa Karmila kerana ia kelihatan sangat misteri dengan rambut panjang dan gaya bicaranya yang halus. Lalu Donna pun melarang anak angkatnya itu untuk menemui Karmila. Namun Dinda yang sudah lama merindui ibunya, berkeras juga mahu menemui Karmila tanpa izin Donna.

Filem ini diarahkan oleh Rizal Mantovani dan dilakonkan oleh Karina Suwandi, Susan Sameh, Ayu Diah Pasah serta beberapa orang pelakon kanak-kanak yang cukup berbakat iaitu Andryan Sulaiman, Sandrinna Michelle Skornicki, Adlu Fahrezy, Ali Fikri, dan Ciara Brosnan dan ramai lagi.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Julai 2019.

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak seram dan horror ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 22 Julai 2019 (Hari Isnin).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer KUNTILANAK 2 yang telah ditayangkan di Youtube: https://youtu.be/DMrzdE66l2M

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni.

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Peraduan Premiere With Budiey Menonton KUNTILANAK 2

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
22 Julai 2019 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere KUNTILANAK 2 – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #Kuntilanak2

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Kuntilanak2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama filem.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan KUNTILANAK 2 – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 3

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem KUNTILANAK 2

Tarikh tutup peraduan:

20 Julai 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 25 Julai 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Kuntilanak 2
Kuntilanak 2
Kuntilanak 2
Kuntilanak 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar Kongsi Pengalaman Berada di Penjara

Andi Bernadee

Ini Cara Untuk Jana Pendapatan Melalui Blog