in , , ,

Peraduan Menonton Filem UNDERWATER

Salam semua pembaca Budiey.com, pada tahun 2020 pastinya banyak filem hebat yang menarik akan menemui anda di pawagam. Antara filem yang menanti anda ialah filem berjudul UNDERWATER.

Berita baik untuk semua peminat yang suka menonton filem aksi! Filem ini mengisahkan Norah Price yang menjadi salah seorang daripada sekumpulan penyelidik yang terperangkap jauh di dasar lautan selepas makmal bawah air mereka musnah akibat satu gempa bumi. Selain berdepan masalah kekurangan oksigen dan alatan yang rosak, mereka turut diburu oleh satu raksasa laut dalam bermisteri yang muncul akibat gempa bumi itu. Mereka perlu bekerjasama dalam mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari terus diburu raksasa tersebut.

FILEM UNDERWATER
©2019 FOX

Antara pelakon hebat yang terlibat dalam menjayakan filem ini ialah Kristen Stewart, Vincent Cassel, Jessica Henwick, John Gallagher Jr. dan ramai lagi. Filem yang diarahkan oleh William Eubank ini bergenre aksi drama dan seram pastinya akan membuatkan anda tak senang duduk di kerusi pawagam sebab ingin tahu apa yang berlaku dan penamat filem ini.

Sensasi Selebriti dengan kerjasama 20th Century Fox ingin menghadiahkan 30 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

8 Januari 2020 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

MBO The Starling

Filem UNDERWATER ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Januari 2020.

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif. 

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere UNDERWATER – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #underwaterMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem UNDERWATER.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #underwaterMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem UNDERWATER

Tarikh tutup peraduan:

7 Januari 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada 20th Century Fox dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 9 Januari 2020.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

FILEM UNDERWATER
FILEM UNDERWATER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 10 Peserta Pertandingan DANSA DAN SING Anjuran Astro

Perang Menu Malaysia dan British Dalam EAST WEST BAKE