in ,

Peraduan Menang Tiket Konsert Judika Mencari Cinta

Saat yang ditunggu sudah tiba! JUDIKA bakal menghiburkan semua peminat di Malaysia di Konsert Judika Mencari Cinta yang akan diadakan pada 12 April 2014, hari Sabtu jam 8 malam bertempat KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur anjuran UCS Clockwork.

Artis lelaki Nombor #1 di Indonesia bakal menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu-lagu yang popular dan juga lagu terbaru beliau termasuklah lagu Mencari Cinta.

Kepada pembaca yang tidak mengenali Judika, artis versatile ini mula menapak dalam industry muzik dan menempa nama sebagai Runner-up Indonesian Idol musim kedua. Persembahan oleh raja indo pop ini akan menjadi konsert pertama beliau di Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Tenor kesukaan anda beraksi di bumi Malaysia.

Judika Mencari Cinta Konsert

Judika Jemput Amy Search Jadi Tetamu Istimewa

[dropcap]S[/dropcap]ebagai satu tribute dan memberikan penghargaan kepada lagenda rock terkenal, Amy Search, penyanyi yang terkenal dengan lagu Aku Yang Tersakiti turut menjemput Amy Search sebagai tetamu khas. Pastinya, Budiey dah tak sabar untuk melihat Judika dan Amy Search bergabung di satu pentas.

Menurut Pengarah penganjurnya UCS Clockwork, Syamil Yusof, berkata Judika mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri dan ditambah pula dengan lagu-lagu Judika menjadi siulan peminat muzik di Malaysia. Genre muzik pop rock yang dibawa juga bersesuaian dengan citarasa penggemar muzik sekarang.

“Pihak UCS Clockwork percaya Judika mempunyai peminat yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda. Saya percaya, Judika akan memberikan yang terbaik untuk kepuasan peminat dan mampu menarik peminat-peminat mereka berkumpul di bawah satu bumbung iaitu di KL Life centre menyaksikan persembahan mereka.”

Tiket dijual pada harga RM98 bagi aras bawah dan RM168 untuk VIP (aras atas).

Sementara itu, selain konsert solo Judika, UCS Clockwork juga turut menganjur konsert UB40 Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 9 April 2014 dengan harga tiket RM158 (aras bawah) dan RM258 untuk VIP (aras atas).

Kedua-dua tiket konsert boleh dibeli menerusi talian Ticketpro Malaysia iaitu 03-78807999 atau di www.ticketpro.com.my atau talian hotline, 017-3555134.

Tiket juga boleh dibeli di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music dan Guitar Store.

Peraduan Menangi Tiket Konsert Judika Mencari Cinta

[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kepada penyanyi Judika. Budiey ada 20 tiket untuk diberikan kepada 10 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert Judika Mencari Cinta di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #JudikaMencariCinta. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #JudikaMencariCinta bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #JudikaMencariCinta. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #JudikaMencariCinta bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Saya mahu ke Konsert Judika kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert Judika Mencari Cinta

Tarikh tutup peraduan:

10 April 2014

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada  UCS Clockwork dan Warner Music Malaysia kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NTV7 Umum Pengacara Baru Good Morning Tai Tai

Peraduan Menang Tiket Konsert UB40 Live in Kuala Lumpur