in , ,

Debaran Malam Konsert ‘Rockmantic Night – Judika & The Gang’ Makin Terasa!

ROCKMANTIC NIGHT – JUDIKA & THE GANG’ menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Marsha Milan dan Shila Amzah pada tarikh 21 Oktober 2023, bermula jam 8:00 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil!

Malaysia, adakah anda sudah bersedia? Saksikan bintang terfenomena dari Indonesia kegemaran anda, Judika, bakal beraksi dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu tahun ini ‘ROCKMANTIC NIGHT – JUDIKA & THE GANG’ menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Marsha Milan dan Shila Amzah pada tarikh 21 Oktober 2023, bermula jam 8:00 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil yang dibawakan khas oleh jenama kosmetik eksklusif dan terunggul, Alha Alfa dengan syarikat penganjur acara ternama dari Indonesia, Dua Anak Deo (DAD) Management dan juga penganjur bersama, Kharisma Music International.

Jurucakap DAD, selaku label rakaman muzik dan pengurusan artis yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Judika sendiri bersama sang isteri, Duma Riris memberitahu kepada semua, “Persiapan Judika menjelang hari konsert hampir 100% kesemuanya termasuk latihan persembahan bersama para pemuzik profesional dan band iringan, perancang grafik, susunan muzik, dan lain-lain persiapan.

Rockmantic Night Judika & The Gang di Axiata Arena, Bukit Jalil Pada 21 Oktober

“Judika tidak sabar untuk memberikan yang terbaik buat semua yang hadir pada malam konsert nanti dan menghasilkan sebuah persembahan romantis yang bakal menjadi kenangan manis buat semua yang menontonnya.
“Di antara lagu-lagu ‘sing-along’ yang wajib dihafal oleh semua yang membeli tiket adalah Cinta Karna Cinta, Bukan Rayuan Gombal, Jikalau Kau Cinta, Putus Atau Terus dan juga Sampai Kau Jadi Milikku
“Dapatkan segera tiket konsert yang masih ada seperti Normal Standing secara atas talian di www.ticket2u.com.my/judika, manakala tiket-tiket lain seperti Gold, Silver, VIP Standing, VIP dan Platinum telah ‘sold-out’.

Sebagai makluman, pemilik nama sebenar Judika Nalom Abadi Sihotang ini memilih tema ‘Rockmantic’ yang merupakan gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ yang terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, merupakan seorang yang penyayang dan pencinta terhadap keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya berbaur romantis.

Debaran Menuju Malam Konsert ‘Rockmantic Night - Judika & The Gang’ Makin Terasa!

Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan oleh Judika pada malam konsert nanti dengan durasi kurang lebih 2 jam di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

Pihak pengurusan DAD dan Kharimsa Music International ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih buat rakan-rakan penganjur seperti Alha Alfa, Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil, rakan hotel rasmi, Le Meridien Petaling Jaya, dan juga rakan radio rasmi, ERA.

Pesan Judika, “Saya ingin semua peminat yang  akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan.

Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan penuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat.

“Semoga konsert ROCKMANTIC NIGHT – JUDIKA & THE GANG ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak akan anda dilupakan, ‘it’s a night to remember’. 

“Jumpa anda di sana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shopee Jackie Chan

Shopee Live Pacu 120 Kali Ganda dalam Aktiviti Add-to-Cart Semasa 10.10

KOREA K-FOOD

K-Food Fair Kembali Lagi Buat Tahun ke-6 dengan Pelbagai K-Aktiviti Menarik!