in , ,

Konsert Judika Bersama MPO Menampilkan Jaclyn Victor di DFP

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan penyanyi terkemuka dari Indonesia Judika bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) pada hari Sabtu, 19 Oktober 2019 dan Ahad, 20 Oktober 2019 jam 8.30 malam.

Konsert ini adalah kolaborasi antara DFP dan Kelab Sukan Dan Rekreasi PETRONAS (KSRP). Judika merupakan artis Indonesia kedua yang mengadakan konsert solo di dewan berprestij ini selepas Ruth Sahanaya yang mempersembahkan konsert solo pada tahun 2018.

Konsert ini bakal menyaksikan beliau memasuki senarai artis antarabangsa yang telah membuat persembahan di dewan yang terkenal dengan tahap akustika yang tinggi itu; mereka adalah Laura Fygi, Harry Connick Jr., Chris Botti, Diana Krall, Anoushka Shankar dan Larry Carlton, dan artis tempatan seperti Sheila Majid, Ella, Siti Nurhaliza, Yuna, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

Konsert Judika Bersama MPO Menampilkan Jaclyn Victor di DFP
Judika

Konsert ini sejajar dengan matlamat DFP untuk menampilkan artis yang membawakan konsep nuansa muzik yang berlainan untuk menarik khalayak penonton yang berbeza. 

Lahir pada tahun 1978, Judika mencipta nama sebagai penyanyi setelah menduduki tempat kedua dalam beberapa pertandingan nyanyian seperti Asia Bagus (1998) dan Indonesian Idol (2005).

Bersama kumpulan acapella, Antero Boys, beliau memenangi anugerah ‘Cerbul de aur song Festival Rumania’ pada tahun 2000. Beliau mengeluarkan album perdana bertajuk Onepada tahun 2007. Sehingga kini, beliau telah melahirkan enam album solo dan dua album kompilasi. 

Konsert Judika Bersama MPO Menampilkan Jaclyn Victor di DFP
Jaclyn Victor

Judika mempunyai senarai lagu-lagu hit seperti Bukan Dia Tapi AkuCinta Satukan KitaAku Yang TersakitiSampai Kau Jadi Milikkudan Jikalau Kau Cintayang kesemuanya mendapat penghargaan di anugerah berprestij seperti Anugerah Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik. 

Pada tahun 2011, beliau menjadi vokalis kumpulan Mahadewa yang diterajui Ahmad Dhani sebelum meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2014. Selain dari nyanyian, Judika juga merupakan seorang pelakon yang telah membintangi 5 filem cereka.  

Diakui sebagai salah seorang vokalis lelaki terbaik Indonesia, Judika merupakan seorang penghibur yang kerap menjayakan konsert yang mendapat sambutan hangat; konsert terakhir beliau di Kuala Lumpur ialah pada tahun 2017. 

Konsert Judika Bersama MPO Menampilkan Jaclyn Victor di DFP
MPO

Konsert Judika di DFP akan menyaksikan lagu-lagu beliau dipersembahkan dalam gubahan orkestra oleh MPO.

Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini akan menampilkan vokalis hebat negara, Jaclyn Victor sebagai artis undangan. Konsert ini akan menyerlahkan lagi versatiliti MPO dalam mengalunkan bukan hanya genre muzik klasikal Barat tetapi juga pop, jazz dan R&B. 

Pembelian pakej tiket boleh dilakukan menerusi kaunter Box Office atau layari www.mpo.com.my.

Konsert Judika Bersama MPO Menampilkan Jaclyn Victor di DFP
Ahmad Muriz Che Rose

Pakej menarik ini akan memberikan pilihan konsert yang bervariasi untuk peminat-peminat muzik tempatan:

  1. RM888
  2. Satu (1) tiket Suite
  3. Satu (1) tiket Suite untuk konsert klasikal MPO
  • RM588
  • Satu (1) tiket Premium 
  • Satu (1) tiket Premium untuk konsert klasikal MPO
  • RM388
  • Satu (1) tiket A Reserve 
  • Satu (1) tiket untuk konsert klasikal MPO

Nota: DFP boleh memuatkan seramai 920 orang pada satu masa. 

unnamed

Maklumat Persembahan

‘Judika With The MPO Featuring Jaclyn Victor’

Tarikh

Sabtu, 19 Oktober 2019 dan Ahad, 20 Oktober 2019 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra / Konduktor / Vokal 

Orkestra Filharmonik Malaysia

Ahmad Muriz Che Rose konduktor

Judika vokal
Jaclyn Victor vokal

Harga Tiket

Suite: RM888, Premium: RM588 & A Reserve: RM388

Waktu Operasi Box Office

Selasa hingga Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada hari persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali pada hari konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPOwww.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Cerai Keputusan Bersama,” – Noor Nabila

Aliff Aziz

Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Mencuri