in ,

Peraduan Menang CD Album Al-Manna SELAWAT KITA SEMUA

Untuk mengembalikan zaman irama nasyid yang kini semakin kepupusan pelapis baru, kumpulan Al-Manna muncul untuk mewarnai persada muzik tanah air yang agak suram.

Sebagai pengenalan, Al-Manna yang dianggotai anak muda yang cukup optimistik, Muhammad Firdaus Arshad, Fahimi Indra Pramanta Didi Indra, Mohd. Shahnizam Mohd. Sa’ad dan Mior Muhammad Ariff Mior Mokhtar telah melancarkan album sulung mereka berjudul SELAWAT KITA SEMUA yang mengetengahkan lagu berunsur kerohanian sebagai percaturan pertamanya.

Untuk pengetahuan pembaca Budiey.com, Al-Manna adalah kumpulan nasyud yang ditubuhkan pada tahun 2012 telah dirintis melalui penubuhan sebuah syarikat yang dianggotai oleh empat remaja tersebut menamatkan pengajian di salah sebuah institut pengajian tinggi Islam di Lembah Klang.

Syarikat Al-Manna Solution telah ditubuhkan dengan teras perniagaan terbahagi kepada tiga iaitu kumpulan nasyid, motivasi dan perundingan serta jualan busana Muslim.

Berbekalkan pengalaman sebagai penyanyi di bangku sekolah, Al-Manna yakin langkah pertamanya itu akan diterima baik oleh penggemar muzik tempatan dalam menyalurkan dakwah serta nasihat menerusi lagu-lagu nyanyian mereka.

Selepas mempertaruhkan single pertama Al-Manna adalah Selawat Kita Semua yang dihasilkan oleh vokalis kumpulan nasyid UNIC, Bazli selaku komposer, kini Al-Manna terus mara menghasilkan muzik video kedua iaitu ZIKIR PAGI HARI.

Muzik video lagu yang menggalakkan kita berdoa di pagi hari sebagai permulaan hidup setiap dari kita yang mengharapkan ketenangan dan keselamatan. Anda boleh tonton di Youtube Al-Manna. Klik play di ruangan video kat atas ni ya.

al-manna

[dropcap]M[/dropcap]ungkin ramai yang anggap kumpulan Al-Manna ini adalah artis di bawah naungan label UNIC Records memandangkan ia diterbitkan oleh Bazli UNIC dan rakaman album juga dibuat di studio milik UNIC Soundroom. Namun, sebenarnya Al-Manna sudah pun dapat berdikari dengan label sendiri di bawah syarikat mereka sendiri iaitu Al-Manna Solution.

Album pertama ini akan memuatkan lima buah lagu baharu yang semestinya berunsur ketuhanan dan kerohanian. Selain lagu Selawat Kita Semua, album ini memuatkan lagu Cinta Allah Sayang Allah, Sahabat, Qasidah Subhanallah hasil kolaborasi bersama Bazli UNIC dan Zikir Pagi Hari.

Jom follow & LIKE Al-Manna di sosial media:

Facebook: facebook.com/ALMANNAOFFICIAL

Instagram: instagram.com/almannaofficial

Twitter: twitter.com/almannaofficial

Youtube: youtube.com/user/almannaofficial

Peraduan Menang CD Album Al-Manna SELAWAT KITA SEMUA

[dropcap]K[/dropcap]pembaca Budiey.com, Al-Manna ingin menawarkan hadiah menarik berupa CD album Al-Manna berjudul SELAWAT KITA SEMUA untuk korang. Bukan itu sahaja, Al-Manna turut menghadiahkan 3 goodie bag yang berisi album, mabkharah dan buku nota. Jangan lepaskan peluang ini, orait. Selamat maju jaya!

Terima kasih buat Al-Manna! 

al-manna

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Nyatakan lokasi pengambaran muzik video ZIKIR PAGI HARI?

Soalan 2:
Apakah maksud AL-MANNA?

Slogan: Saya mahu memiliki album SELAWAT KITA SEMUA – AL-MANNA kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
30 Disember 2014

Tajuk Email: Peraduan Menang CD Album Al-Manna SELAWAT KITA SEMUA

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada AL-MANNA dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

al-manna

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BudieyBuddies Bakal Meriahkan #OHHSOME FEST

Lirik Lagu IKRAR KASIH Taufik Batisah