in ,

BudieyBuddies Bakal Meriahkan #OHHSOME FEST

Pejam celik pejam celik, akhirnya seluruh pengamal social media akan berhimpun buat pertama kali pada hari ni #OHHSOME FEST yang akan berlangsung di Avenue K pada hari ini. Yes, hari ini adalah hari yang bersejarah Budiey kira di mana tidak kira siapa anda, asalkan anda seorang yang suka dan aktif berTwitter, berFacebook, berYoutube, berInstagram dan sebagainya… anda boleh hadirkan diri dan bertemu mata berkenalan sesama kita.

Budiey anggap OHHSOME Fest adalah satu pesta Social Media terbesar abad ini di Malaysia di mana tidak pernah lagi diadakan festival seperti ini setakat ini yang mengumpul semua pengamal sosial media di satu lokasi yang begitu gah.

BudieyBuddies

Yang penting, Budiey sebagai blogger akan turut bersama team Youtubers BuddieyBuddies akan turut berada di sana. Jadi, pada anda yang turut hadir pada hari ni, kalau jumpa kami tu tegur-tegur la. Boleh kita berkenalan. Maklumlah BudieyBudiey masih lagi dianggap Youtuber yang masih lagi mentah. Tidak sampai setahun lagi pun.

Kepada yang masih belum mengenali BudieyBuddies, team Youtuber ini terdiri daripada tiga orang sahabat iaitu Budiey, Cyrill Hassan & Yus Yunus. Anda boleh menonton vlog BudieyBuddies di saluran Youtube Channel Budiey.com. Jangan lupa untuk SUBSCRIBE okay. Nah klik sini: www.youtube.com/budiey27 

Kepada peminat kami, jangan lupa temui kami di sana. Hahaha, ngader je ayat. Ada ke peminat kan? Kami sangat super-duper-excited kerana dapat bertemu dengan Wong Fu Productions. Yang penting tu kami tak kenal sangatlaa, sorry la ye.

Pada hari ini, 13 Disember… banyak acara akan berlangsung. Apa yang boleh Budiey katakan kat sini, Budiey sangat berminat untuk mendengar perkongsian ilmu di mana tajuk-tajuk yang asas bagi seorang pengamal media seperti how to get viral, how social media changed my life, from idea to upload, Why I Write dan macam-macam lagi lah.

Kat sana juga, ada booth-booth yang disediakan untuk anda. Tak nak lah Budiey ceritakan kat sini. Korang datang sendiri la yek. Insyaallah BudieyBuddies akan rakam momen-momen menarik sekitar #OHHSOME FEST. See you there ya!

Untuk mengenali lebih lanjut BudieyBuddies, apa kata LIKE Facebook BudieyBuddies: www.facebook.com/budieybuddies dan follow kami di Instagram: www.instagram.com/budieybuddies

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oh My English Villa Isabellaaa

Peraduan Menang CD Album Al-Manna SELAWAT KITA SEMUA