in , ,

K-Clique Teruja Dapat Pencalonan di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020

Kumpulan hip hop tanah air, K-Clique bakal berentap dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik pada Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang akan berlangsung pada 8 November depan.

Penangan dan pengaruh kumpulan hip hop popular, K-Clique cukup hebat, biarpun masih hijau dalam arena seni tanah air. Baru saja memasuki tahun kedua, kumpulan yang dianggotai Tuju, Somean, Noki, MK, KDeaf, Gnello, FareedPF dan NastyNas, kini bagaikan bermimpi saat tersangkut dalam pencalonan dalam dua anugerah berprestij.

K-Clique dipilih dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik, Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang akan berlangsung di Sweden pada 8 November ini. Seterusnya, kumpulan berkenaan berada dalam pencalonan top 20 dalam Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-33 (ABHBH 33) menerusi kategori Artis Kolaborasi/Duo/ Berkumpulan Popular.

K-Clique Calon Anugerah Muzik Eropah MTV 2020

MTV EMA 2019 merupakan satu pengiktirafan buat pencapaian dalam bidang ‘pop culture’ di industri muzik Eropah dan antarabangsa. Malah, pencalonan ini dipilih sendiri oleh MTV setelah pihak mereka menilai tahap pencapaian membanggakan artis tersebut di negara-negara Asia Tenggara. 

Anggota K-Clique, Tuju atau Azree Zamree berkata, mereka terkesima apabila menembusi dua pencalonan anugerah berprestij berkenaan.

Menerusi MTV EMA 2020, K-Clique berentap dengan penyanyi hebat seperti Agnez Mo dari Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).

“Sudah tentu, keinginan K-Clique memahat nama di peringkat antarabangsa.

“Setakat ini, K-Clique masih menunggu kata putus daripada pihak penganjur sama ada terbang ke Sweden atau hanya menerusi dalam talian. Dengan situasi semasa pandemik COVID-19, kami akur ada banyak batasan dalam pelbagai sudut,”

– Tuju

K-Clique yang dianggotai Tuju, Noki, MK, KDeaf, Gnello, FareedPF, Somean dan NastyNas mencipta fenomena tersendiri selepas lagu-lagu seperti Mimpi dan terbaru Pulang berjaya mendapat sambutan hebat peminat muzik tempatan.

Tuju berkata, K-Clique juga terkejut saat menerima berita menembusi pencalonan dalam ABPBH 33.

“Kami memanjat kesyukuran kerana kali pertama berada dalam pencalonan awal ABPBH 33. Insya-Allah, semestinya pencalonan ini menjadi penyuntik semangat untuk K-Clique terus berkarya dengan lebih cemerlang.

“Video muzik single kami berjudul Pulang pun baru dilancarkan dan menjadi ‘trending’ dalam laman YouTube. Moga perjalanan K-Clique terus didatangi tuah dan kecemerlangan,”

– Tuju

Mengulas mengenai kelompok peminat yang dilihat cukup kuat, Tuju hanya mampu tersenyum bangga.

Bagaimanapun, Tuju memaklumkan K-Clique masih belum mempunyai kelab peminat rasmi.

“Setakat ini, ada beberapa peminat yang utuh menyokong apa kami lakukan. Contohnya, 302 Famz, K-Clique Fam dan saya sendiri ada disokong Tuju Gangz.

“Ikutkan memang banyak peminat yang menyokong kami. Namun, aliran dan visi mereka tetap sama,”

– Tuju

Sebelum ini, penyanyi rap, Joe Flizzow mencipta sejarah menjadi penyanyi pertama dari Malaysia memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.

MTV EMA 2020 kali ini menyaksikan Lady Gaga menerima pencalonan paling banyak iaitu tujuh pencalonan termasuk Artis Terbaik, Video Terbaik dan Lagu Terbaik hasil single popularnya, Rain On Me (featuring Ariana Grande) yang dimuatkan dalam album Chromatica.

Untuk mengundi, layari laman web rasmi MTV EMA 2020: https://www.mtvema.com/en-asia/vote/

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Daniel Sher dari Johor Dinobat Juara Bintang Ai @ RTM 2020

Dua Tahun Hilangkan Diri, Ratu Balqis Muncul Dengan BUAYA Bersama Mimifly