in , , ,

Filem SUATU KETIKA Lakonan Pekin Ibrahim Bakal Ditayangkan di Netflix

Berita gembira buat orang ramai yang tidak berpeluang untuk menonton filem “Suatu Ketika” di pawagam, kini filem sukan bola sepak itu bakal ditayangkan di portal penstriman video popular Netflix.

Seperti yang diumumkan oleh pengarah Prakash Murugiah dan salah seorang pelakon utama, Pekin Ibrahim, di laman Facebook rasmi “Suatu Ketika”, filem itu akan menemui penonton bermula 24 Disember ini.

Selain Pekin, filem itu turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Namron, Syafnida Suhaimi, Farah Ahmad, Toby Keen, Armand, Danial Akmal Fariz, Farez Iqmal, Kuhan Divagaran dan ramai lagi. 

Menurut Prakash, penerbitan filem itu bertujuan untuk memberi inspirasi dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

“Suatu Ketika” mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, yang mengalami masalah kesihatan, mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun. 

Filem SUATU KETIKA Lakonan Pekin Ibrahim Bakal Ditayangkan di Netflix

Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk melayakkan pasukan mereka menyertai perlawanan “JG Davidson Cup”.

Terdahulu filem aksi persilatan arahan Areel Abu Bakar, “Geran” telah diangkat ke Netflix bermula 18 Disember lalu, menggunakan judul bahasa Inggeris “The Deed of Death”.

Filem SUATU KETIKA Lakonan Pekin Ibrahim Bakal Ditayangkan di Netflix

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Disney/Pixar’s Soul

Xiaomi Mi 11 Rasmi Akan Dilancarkan Pada 28 Disember Ini