in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Filem IP MAN 4 : The Finale

Salam semua pembaca Budiey.com, penghujung tahun 2019 menyaksikan begitu banyak sekali filem yang menarik akan berada di pawagam. Maklumlah musim cuti sekolah. Inilah peluang ibu bapa bawa anak-anak mereka bercuti dan makan angin menghilangkan tekanan.

Bersempena demgan tayangan filem IP MAN 4 : The Finale yang akan berada di pawagam mulai 20 Disember ini, Budiey dengan kerjasama Lotus Five Star mahu mengajak 20 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan aksi pertarungan kung fu ini.

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

IP MAN 4

Untuk info pembaca, filem ini dilakonkan oleh Donnie Yen, Scott Adkins, Danny Chan Kwok-kwan dan ramai lagi. Filem arahan Wilson Yip ini dinantikan oleh peminat memandangkan filem ini dikatakan adalah merupakan sebuah filem kung fu terakhir lakonan Donnie Yen. Pelakon legenda yang kini berusia pelakon yang sudah mencecah usia 56 tahun ada mengakui, biarpun tidak lagi akan beraksi dalam filem kung fu, namun ia tidak bermakna dia akan berhenti daripada berlakon filem-filem aksi.

Donnie bersama seorang lagi pelakon iaitu Danny Chan Kwok-Kwan serta penerbit Raymond Wong dan penulis skrip Edmond Wong baru-baru ini telah singgah dan berada di Malaysia pada 11 dan 12 Disember sempena rangka promosi filem berkenaan. Budiey sempat untuk menghadiri satu sesi sidang media bersama mereka di sebuah hotel terkemuka.

Filem ini mengisahkan tentang Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai Ip Man. Kali ini Mahaguru Wing Chun ini mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun tetapi ini membuatkan komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer IP MAN 4 : The Finale yang telah diriliskan di saluran Youtube.

Peraduan Premiere Filem IP MAN 4 : The Finale

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Lotus Five Star ingin menghadiahkan 20 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem IP MAN 4 : The Finale. Tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:
17 Disember 2019 (Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
GSC Pavilion KL

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere Filem IP MAN 4 : The Finale – Budiey.com di GSC Pavilion KL. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ipman4thefinale

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ipman4thefinale kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama filem IP MAN 4 : The Finale

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem IP MAN 4 : The Finale kerana- Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere Filem IP MAN 4 : The Finale

Tarikh tutup peraduan:

16 Disember 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Lotus Five Star dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

IP MAN 4 : The Finale IP MAN 4 : The Finale IP MAN 4 : The Finale

What do you think?

29 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Lagu Tugasan Finalis Gegar Vaganza 2019, Wann & Noorshila Amin Tak Berjaya Ke Konsert Akhir

Wann & Noorshila Amin Tersingkir di Gegar Vaganza Semi Final