in ,

HAHAHA!HAHAHA!

Penyanyi Nash Bercerai Dengan Isterinya, Sosilawati Lawiya?

Rumahtangga yang dibina Nash pada 16 November 2006 dengan usahawan kecantikan Sosilawati Lawiya kini retak menanti belah. Khabarnya, keretakan itu tidak dapat diselamatkan lagi walaupun dilekat dengan ‘gam’ sekalipun. Selama 10 bulan bersama, kini isteri Nash telah memfailkan tuntutan cerainya di mahkamah. Namun, Nash mengatakan dia tidak melafazkan cerai lagi.

“Ketika di bulan keempat perkahwinan kami, saya sudah dapat rasakan sesuatu tidak kena.  Keretakan yang dikesan cuba diatasi dengan musyawarah….,” katanya lagi. Dia banyak melukakan hati saya. Itu saja yang boleh saya cakap. Saya harap peminat saya akan mendoakan kesejahteraan keluarga saya dalam apa keadaan sekalipun dan apa jua keputusan yang saya ambil.” mStar Online

Hanya satu saja pintanya ketika ini, “Tolong sampaikan salam saya pada peminat. Minta mereka doakan kebahagiaan saya dan anak-anak.”

Budiey harap segala kemelut rumahtangga Nash akan dapat diselesaikan dengan kewarasan dan jiwa yang tenang sempena Ramadan yang mulia ini.

Updated: 27 September

Mahkamah izin isteri halang Nash keluarkan wang
SHAH ALAM:  Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini membenarkan permohonan injunksi oleh isteri penyanyi Nash untuk menghalangnya menunaikan cek bank atau draf bank bernilai RM400,000 dan melakukan sebarang transaksi ke atas rumah yang didudukinya.

Hakim Shaarani Ismail membenarkan permohonan Sosilawaty Lawiya, 44 [foto, kiri], yang hadir bersama peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam satu prosiding di dalam kamarnya.

Di luar mahkamah, Mohd Zaidi berkata permohonan sebelah pihak (exparte) itu bertujuan menghalang Nash, 48, atau nama sebenarnya Jamaludin Elias daripada menunaikan cek bank atau draf bank bernilai RM400,000 yang didakwa telah dikeluarkan daripada akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW) milik penyanyi itu.

Beliau berkata wang bernilai RM400,000 itu adalah milik Sosilawati yang telah didepositkan ke dalam akaun ASB dan ASW Nash untuk tujuan lain tetapi oleh kerana mereka berdua sedang mengalami masalah rumah tangga, isteri penyanyi itu bimbang wang berkenaan dikeluarkan oleh pihak responden (Nash).

“Kebimbangan itu menjadi satu kenyataan apabila beberapa hari lepas, responden telah mengeluarkan wang tersebut hasil daripada maklumat yang anak guam saya perolehi.

“Kami cuba pada hari ini untuk mendapat perintah injunksi terhadap responden daripada menunaikan cek bank atau draf bank yang diperolehi oleh responden,” kata beliau lagi.

Mohd Zaidi berkata oleh kerana jumlah wang yang dikeluarkan itu besar maka wang itu telah diberikan kepada responden oleh pengurus ASB dan ASW dalam bentuk cek bank atau draf bank.

Beliau juga berkata Sosilawati mendepositkan wangnya ke dalam akaun ASB dan ASW Nash sebelum ini atas dasar kepercayaan kepada suaminya itu dan bukannya menyerahkan duit itu kepada pihak responden.

Selain daripada itu, Sosilawati memohon kepada mahkamah supaya tidak ada sebarang transaksi boleh dilakukan ke atas sebuah rumah di Shah Alam atas nama Nash yang beliau telah melunaskan hutang pinjaman bank ke atas hartanah itu bernilai RM480,000.

Mohd Zaidi berkata Sosilawati cuba mendapatkan tarikh segera bagi perintah injunksi itu bagi mengelakkan kezaliman dan kerugian ke atas dirinya.

Beliau juga berkata Sosilawati telah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan Nash di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada minggu lepas dan sedang menunggu perbicaraan kes itu. BERNAMA 

[tags]nash cerai, isteri nash minta cerai, fail cerai artis, artis bercerai, gossip nash, berita cerai selebriti, perceraian nash, selebriti ternama bercerai, profile nash, gambar nash, gambar bini nash[/tags]

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Budak Lapok: Animasi Sahabat Sejati

Lirik Lagu Terbaru Adam: HAI dari Adam AF2