in ,

Sinopsis Filem Budak Lapok: Animasi Sahabat Sejati

Budak Lapok menjadi filem animasi tempatan pertama ditayangkan di pawagam sejak 2001. Sebelum ini, filem kartun Melayu terakhir yang menemui penonton di skrin besar ialah Putih dan sebelum itu, Silat Legenda (1998). Filem animasi, Budak Lapok yang diterbitkan Matahari Animation & Productions Sdn Bhd ini mengangkat nilai persahabatan sebagai mesej utama.

Animasi edaran Metrowealth Movies Productions ini diilhamkan dan diceritakan semula oleh Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsuddin, dua sahabat baik Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Penonton dibawa semula ke alam kehidupan anak-anak, di mana pertemuan tiga rakan berkenaan dijadikan sebuah cereka.

Filem yang memakan masa 90 minit tayangan itu membawa penonton mengimbau filem popular lakonan mereka, yang dikatakan diolah dengan baik sehingga mampu dilihat sebagai komedi segar. Skrip filem ini dihasilkan Anwardi Jamil, yang turut bertindak sebagai pengarahnya. Filem Budak Lapok menelan belanja keseluruhan RM2.5 juta. Banyak nilai kemanusiaan cuba disampaikan seperti tema persahabatan, kekeluargaan dan sikap berusaha untuk mencapai kejayaan. Cukup jelas mesej yang terkandung dan bersesuaian dengan sasaran penonton filem ini iaitu golongan kanak-kanak dan generasi muda, filem ini mampu menghiburkan serta pada masa yang sama dapat memupuk nilai-nilai positif yang ada di dalamnya.

Penerbit: Wafa
Pengarah: Anwardi Jamil  
Penulis dan cerita: Anwardi Jamil 

Pelakon Alih Suara Budak Lapok
Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin, Mohd Hasrul Syafiq, M. Hafidzuddin Mahmudi, Muhammad Eric Muhammad Fuzi, Shafique Danial, Al-Rusydi, Sabri Yunus, Mohd Rahim Dalmia, Vanidah Imran, Mat Over, Isma Aliff, Abon, Maizurah Hamzah, S.Azli, Jalil Hamid, Jasmin Hamid, Jihan, Harith Jalil, Afiqah, Mawar Dina, Salbalqish, Nuralida, Syamir Sahak, Nasir P.Ramlee, Dian P. Ramlee, Aqira, Sathiyavarmaan.

Sinopsis Filem Budak Lapok
Budak Lapok merupakan imbasan kepada filem-filem nostalgia komedi P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin. Filem bermula apabila tiga anak muda Ramlee, Ajis dan Sudin yang telah menjadi kawan akrab yang tinggal di kampung Sebatang Pinang. Ketiga-tiga rakan karib itu telah menyertai pertandingan bola sepak mewakili kampung mereka dengan Kampung Semerah Padi diwakili oleh Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim. Dalam masa yang sama mereka cuba memikat hati tiga orang anak gadis Nani, Salmah dan Eton dengan menyertai pertandingan Drama antara sekolah-sekolah walaupun Ajis dan Sudin gerun dengan berada di atas pentas berhadapan dengan orang ramai. Keadaan bertambah rumit apabila kedua-dua pertandingan itu jatuh pada hari yang sama Mereka terpaksa memikirkan cara terbaik supaya boleh berada di dua tempat pada masas yang sama.

Budak Lapok akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Oktober 2007 sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

[tags]Cinema Online, budak lapok, budak bapok, cinta lapok, gambar bapok, poster budak lapok, pelakon budak lapok, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin, Mohd Hasrul Syafiq, M. Hafidzuddin Mahmudi, Muhammad Eric Muhammad Fuzi, Shafique Danial, Al-Rusydi, Sabri Yunus, Mohd Rahim Dalmia, Vanidah Imran, Mat Over, Isma Aliff, Abon, Maizurah Hamzah, S.Azli, Jalil Hamid, Jasmin Hamid, Jihan, Harith Jalil, Afiqah, Mawar Dina, Salbalqish, Nuralida, Syamir Sahak, Nasir P.Ramlee, Dian P. Ramlee, Aqira, Sathiyavarmaan, sinopsis filem budak lapok, poster filem, mstar online, majalah mangga, gambar panas intan ladyana, gambar seksi intan ladyana, kevin zahri blog, gambar intan ladyana dan kevin zahri, nurul 3gp, alkaline, acide, portal sinema malaysia, karton transformers anime, chotiros suriyawong, intan ladyana pictures, budak lapok, budak bapok, cinta lapok, gambar bapok, poster budak lapok, pelakon budak lapok[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut

Penyanyi Nash Bercerai Dengan Isterinya, Sosilawati Lawiya?