Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Penyanyi Hazami Masuk Wad ICU Akibat Pendarahan Usus

Penyanyi Hazami kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan di Kota Damansara, di sini, sejak kelmarin akibat pendarahan usus. Pengurusnya, Fahrul Arazi berkata, Hazami pengsan kelmarin akibat berlaku pendarahan di bahagian kantung darah.

“Hasil pemeriksaan, doktor mendapati bahagian ususnya terdapat 50 kantung darah dan ada yang sudah pecah. Doktor mengesahkan dia menghidap Diverticular Disease,” katanya.

Diverticular Disease adalah penyakit yang boleh muncul dalam bentuk kantung-kantung kecil di dinding usus dan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diverticulosis, diverticular bleeding dan diverticulitis.

Menurut Fahrul, Hazami kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan membuang kantung-kantung yang pecah.

“Doktor juga sudah memasukkan empat pek darah bagi menggantikan darah yang hilang banyak. Pagi semalam, dia sudah sedarkan diri tapi masih dalam pemerhatian doktor,” katanya.

Mari sama sama kita berdoa untuk keselamatan dan kesembuhan Hazami. Semoga Hazami cepat sembuh. Amin.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version