in ,

Robert Pattinson Positif COVID-19, Penggambaran THE BATMAN Ditangguh

Aktor British, Robert Pattinson yang membawa watak utama dalam filem adiwira ‘The Batman’ didapati positif COVID-19. Ini sekali gus menyebabkan penggambaran filem itu terpaksa ditangguhkan selepas beberapa hari ia bersambung di studio di luar London, United Kingdom.

Dalam pada itu, penerbit filem berkenaan, Warner Bros menerusi satu kenyataan memberitahu media bahawa studio itu tidak akan mengulas lanjut mengenai masalah kesihatan yang membabitkan pekerjanya.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu mengesahkan bahawa seorang daripada pekerja yang menjalani penggambaran filem ‘The Batman’ disahkan positif COVID-19.

THE BATMAN

Menurut kenyataan itu, individu berkenaan kini sedang menjalani pengasingan dan penggambaran filem berkenaan terpaksa ditangguhkan.

Sementara itu, tinjauan kami mendapati laman sesawang peminat Robert Pattinson turut dibanjiri dengan komen warganet yang mendoakan kesihatan pelakon berkenaan.

Penggambaran ‘The Batman’ sebelum ini ditangguhkan pada Mac lalu kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

THE BATMAN

Susulan penangguhan itu, filem berkenaan dijadualkan ditayangkan pada Oktober 2021.

‘The Batman’ yang diadaptasikan daripada komik dengan judul sama diarahkan oleh Matt Reeves dan Robert Pattinson melakonkan watak Batman atau Bruce Wayne.

THE BATMAN

Untuk rekod, Robert Pattinson menjadi bintang Hollywood terbaharu disahkan positif COVID-19. Pada Rabu lepas, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock menerusi Instagram mengesahkan dia dan keluarga positif wabak itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wang Hasil Jualan Kedai Serbaneka Ustaz Ebit Lew Habis Lesap

Akui Guna Islam Raih Populariti, YouTuber Ini Tampil Mohon Maaf