in

Pengarah Ahmad Idham Dapat Dana Kreatif RM6Juta

“Dana Kreatif Bantu Tingkatkan Kualiti Produksi,” Ahmad Idham

Pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berterima kasih di atas pemberian inisiatif dari peruntukkan RM6 juta dari Dana Insentif Kreatif Negara, yang diterima oleh Excellent Pictures baru-baru ini.

Ahmad Idham berkata, insentif itu akan memberi kesan kepada kualiti penerbitan tidak sahaja daripada sudut teknikal tetapi penceritaan serta melahirkan pelakon yang berkualiti.

“Elemen-elemen yang berkualiti dalam setiap karya akan mampu mengangkat imej produk tempatan terhadap kebolehpercayaan penonton untuk menerima sesebuah karya yang dihasilkan.”

Beliau mengulas mengenai peruntukan yang diterimanya sebanyak RM80,000 melalui insentif berkenaan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 18 September lalu.

Sebanyak 16 syarikat produksi yang aktif di negara ini memperoleh insentif berkenaan dalam jumlah yang berbeza. Ia disampaikan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Penerbit Excellent Pictures itu menambah, sumbangan tersebut bukan sahaja dapat menjadi pembakar semangat kepada produser di negara ini tetapi secara tidak langsung ia membuktikan industri kreatif mampu menjana pendapatan buat negara.

Ahmad Idham

“Inisiatif ini amat diperlukan oleh penerbit (drama atau filem) dalam menghasilkan produk yang lebih kreatif dan mampu menarik minat penonton,” kata Idham yang kini berada di Perlis, mengarah filem terbarunya iaitu Lari.

Tambah Idham lagi, “Dana Kreatif ini memberi kesan langsung kepada peningkatan kualiti penerbitan. Kualiti bukan sahaja dari sudut teknikal, tetapi penceritaan juga pelakon yang bagus. Elemen seperti ini, mampu meningkatkan taraf kebolehpercayaan penonton kepada produk tempatan juga saluran yang menayangkannya.”

Kala ditanya adakah pemberian dana tersebut mampu membuka pasaran lebih luas, Idham mengulas, “Memang benar. Dengan peningkatan kualiti produk, sekaligus akan mengangkat imej produk tempatan untuk di pasarkan di luar. Signifikannya ialah, membuktikan industri kreatif mampu menjana pendapatan buat negara, hasil dari pasaran luar negara.”

Terdahulu, dalam majlis ramah mesra dan penyampaian Dana Kreatif, oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, bertempat di Angkasapuri, Excellent Pictures, merupakan salah sebuah dari 16 syarikat produksi yang menerima sebahagian RM6 juta dana yang diperuntukkan.

Dalam perkembangan yang sama, filem Apa Celop Toqq lakonan Azad Jazmin, Taiyuddin Bakar, Intan Ladyana, Shenthy Feliziana dan memperkenalkan Hazama Azmi, akan mula ditayangkan di 67 pawagam bermula 25 Oktober nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tangan Syafie Naswip Cedera Ditendang Pelakon Muda

Gambar Selebriti di Grand Opening Butik H&M Lot 10