in , ,

Mengejutkan, Rupanya Ini Penamat Drama Bersiri AMMARA BATRISYA Episod Akhir

Semalam, Selasa jam 8.30 malam, TV9 telah menayangkan episod ke-14 iaitu episod finale untuk drama bersiri lakonan Erra Fazira, Umie Aida, Adi Putra kegemaran ramai, Ammara Batrisya.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa akan jadi dengan nasib Batrisya yang dianiayai oleh kawannya sendiri, Ammara. Kat bawah ini, Budiey tulis sedikit sinopsis episod akhir ini.

Ammara mula menyiksa Batrisya dan mendedahkan segala rahsia yang dipendam selama ini. Siapakah Ammara Damia yang sebenar, seorang anak kecil yang melihat ibunya tersiksa kerana wanita lain. Segala peristiwa silam kembali terungkap tentang bagaimana Marliah telah menolak ibunya jatuh sehingga meninggal dunia.

Ammara Batrisya

Kerana dendam, Ammara sanggup untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba menghalang misinya untuk menghancurkan keluarga Batrisya termasuklah Mrs. Gia dan Nilam. Judo diarahkan untuk membunuh Mrs. Gia dan Nilam, tetapi Nilam Berjaya lari dan menyelematkan diri dan dia sempat untuk menyuruh Rayyan menyelamatkan Batrisya.

Tetapi Rayyan tidak mengerti, selamatkan batrisya daripada apa dan siapa? Rayyan cuba untuk menghubungi Batrisya tetapi tiada respon dan akhirnya dia pergi ke rumah Ammara.
Ammara telah mengikat Batrisya di bilik rahsia dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku di hadapan Rayyan.

Batrisya sedaya upaya untuk melepaskan diri dari ikatannya dan naik ke atas untuk mendapatkan Rayyan tetapi Ammara bertindak mencederakan Rayyan sehingga rayyan tidak sedarkan diri. 

Apabila Rayyan sedar, dirinya telah diikat bersama Batrisya dan Rayyan juga mula tahu sikap sebenar Ammara.Nilam Berjaya meminta bantuan daripada pihak polis dan mereka bergegas ke rumah Ammara. Malangnya niat baik Nilam untuk menenangkan Ammara daripada terus bertindak kejam membawa padah apabila Nilam menjadi korban setelah Ammara bertindak diluar kawalan.

Akhrinya pihak polis memberkas Ammara, manakala Batrisya dan Rayyan dikejarkan ke hospital. Di penghujung cerita, kedua mereka iaitu Ammara dan Batrisya hanya saling memandang dimana hanya mereka yang tahu apakah yang bermain difikiran mereka sehingga Ammara dibawa pergi.

Ammara Batrisya
Ammara Batrisya
Ammara Batrisya
Ammara Batrisya
Ammara Batrisya
Ammara Batrisya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Viral Hiasan | 23

Mia Sara Nasuha Rasmi Kempen Mak Kata Anjuran Dutch Lady Malaysia

Anuar Zain 2020 Picture | 24

Anuar Zain Jawab Harga Tiket Paling Mahal Dalam Sejarah