in , ,

Anuar Zain Jawab Harga Tiket Paling Mahal Dalam Sejarah

Semasa sidang media pengumuman persembahan istimewa Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha – TERINDAH ANUAR ZAIN semalam, Anuar Zain tidak lepas diajukan dengan soalan tentang harga tiket yang dianggap terlalu mahal untuk persembahan ini.

Untuk info pembaca Budiey.com, tiket persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN berharga RM480, RM680, RM980 dan RM1,380 akan dijual mulai 7 Februari 2014 melalui TicketCharge. Ternyata, bagi peminat setia Anuar Zain, Budiey kira ada sesetengah dari mereka yang tidak kisah dengan soal harga tiket, kerana bagi mereka apa yang penting adalah kepuasan. Budiey kira, tiket akan laris dijual seperti persembahan Anuar Zain pada tahun sudah.

Terindah Anuar Zain
Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha – TERINDAH ANUAR ZAIN

Sebelum ini, untuk rekod, persembahan Anuar Zain berskala besar dalam konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 Februari 2013, penyanyi popular dengan lagu Lelaki Ini menjual tiket konsertnya daripada RM88 sehingga RM698.

Menurut Anuar Zain, harga tiket untuk persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN itu adalah berpatutan kerana peminat bukan sahaja dapat menyaksikan persembahannya secara eksklusif di hotel yang selesa malah mereka juga akan disajikan dengan makanan yang enak dan lazat, macam-macam hadiah berupa goodies serta hadiah cabutan bertuah dan yang paling penting, Anuar Zain berjanji akan memberi sebuah persembahan berkualiti dan terbaik.

“Harga itu sebenarnya berpatutan kerana ia merangkumi makanan yang sedap, door gift yang lumayan, kualiti persembahan terbaik dan saya memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati diri saya.  Suasana yang lebih intim berbeza dengan konsert. Kita juga menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap bersesuaian dengan tema majlis iaitu ‘Terindah’. Ia hadiah ikhlas dari saya kepada peminat yang hadir nanti.”

Jika penyanyi Anuar Zain pernah menetapkan tiket konsertnya tahun lalu setinggi RM698, tetapi pada tahun ini harganya naik hampir sekali ganda iaitu RM1,380 sempena minggu setiausaha pada April depan.

Persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN akan diadakan pada 8 April 2014 bermula pukul 12 tengah hari di Hotel One World, Petaling Jaya

Melihat kepada kekuatan aura dan reputasi Anuar Zain dalam industri muzik tempatan, Budiey pasti dan yakin tiket VIP paling mahal tu akan habis dijual. Terbukti sebelum ini, ada peminat yang datang bersama keluarga dan soal harga yang tinggi tidak jadi masalah. Bak kata mereka, mereka akan buat apa sahaja demi Anuar Zain. Begitu juga dengan Anuar Zain yang mahu buat yang terbaik untuk memberikan kepuasan semua peminat yang hadir.  Itulah keyakinan Anuar Zain. 

Anuar Zain - Terindah

Bergerak sendiri di bawah syarikat miliknya, Anuar Zain Network, Anuar memberitahu penganjuran berkenaan bakal menjadi memori terindah buat peminat-peminatnya.

“Peminat adalah bisnes untuk saya. Mereka juga banyak memberi sokongan kepada saya dalam membina karier dan kerana mereka saya berada sehingga ke tahap ini. Justeru dengan penganjuran Minggu Setiausaha di bawah syarikat sendiri, saya yakin dapat memberi persembahan terbaik demi kepuasan peminat setimpal dengan sokongan yang mereka berikan selama ini.”

Penyanyi yang popular dengan lagu Ajari Aku ini berkata, beliau terpaksa menolak lima tawaran daripada penganjur bagi memberi tumpuan terhadap persembahan istimewa itu.

“Setakat ini, lima tawaran terpaksa ditolak. Saya ingin beri lebih fokus kepada persembahan ini. Lagipun ia pertama kali dianjurkan dengan bergerak sendiri.”

Pada persembahan selama 45 minit itu nanti, Anuar akan menyanyikan lapan buah lagu termasuk lagu Terindah secara eksklusif sambil diiringi sembilan pemuzik.

“Kita belum tentukan lagu yang akan dinyanyikan tapi kita akan buat undian di kalangan peminat untuk menentukan lagu pada malam itu nanti.”

Tiket-tiket mula dijual pada 7 Februari depan menerusi www.tiketcharge.com.my manakala tiket untuk VIP boleh diperoleh terus dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019-3177476 atau 012-4642030.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/anuarzainnetwork.

Blog Budiey.com selaku Blogger Rasmi Persembahan TERINDAH… ANUAR ZAIN.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adi Putra Adiputra | 23

Mengejutkan, Rupanya Ini Penamat Drama Bersiri AMMARA BATRISYA Episod Akhir

Yuna | 24

Ada Yuna & Wang Lee Hom, Pesta Muzik Planet Eupe Sediakan Perkhidmatan Bas Percuma