in ,

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod Akhir Malam Ini

Dari episod pertama lagi, Budiey duk layan drama bersiri Ammara Batrisya. Memang tak pernah miss langsung. Kalau ada event, Budiey akan rakam atau pun tonton kat Postal Tonton. Teknologi zaman sekarang ni sangat memudahkan kita kan?

Kemudian, tak cukup dengan itu, Budiey ada siarkan gambar-gambar yang dipetik dari babak menarik drama arahan Azma Aizal Yusoof ini di Instagram dan di Facebook Fanpage Budiey.com. Budiey dari awal lagi menyokong drama ini kerana memang sangat best. Ada mutu dan keunggulan! Oh ya, kepada anda semua yang ada Twitter dan Instagram apa kata gunakan hashtag rasmi #AmmaraBatrisya pada malam ni. Kasi gegar sikit dan kasi trending kat Twitter, orait.

[pullquote align=”right”]Pejam celik pejam celik, drama lakonan hebat gabungan dua primadona, Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida ini akan tamat pada malam ini. Alahai sekejap. Tak puas tengok lakonan berkesan dari Umie Aida dan Erra Fazira, kan?[/pullquote]

Promo video telah pun disiarkan di kaca TV9. Ramai yang tak sabar untuk menonton kesudahan cerita yang penuh dengan tipu helah dan propaganda ini. Jadi, kepada pembaca setia budiey.com, jangan lupa untuk menonton drama Ammara Batrisya pada jam 8.30 malam ini kerana pasti satu kejutan akan menantikan anda!

Yang pasti, Episod akhir ini akan membongkar segala kejahatan Ammara yang selama ini berselindung disebalik kebaikan yang ditunjukkan kepada Batrisya.

Nyawa Batrisya kini terletak di tangan Ammara. Apakah nasib Batrisya? Jom sama-sama kita kita tonton kesudahan drama yang dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Umie Aida, Erra Fazira dan Adi Putra ini di slot Ratu TV9, 28 Januari (Selasa) bermula jam 8.30 malam!

Anda juga boleh layari www.tonton.com.my untuk menonton siaran ulangan.

Jom kita tengok beberapa babak menarik dalam drama episod akhir Ammara Batrisya jam 8.30 malam di TV9.

Ammara Batrisya Episod Akhir

Ammara Batrisya Episod Akhir

Ammara Batrisya Episod Akhir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Umie Aida Sanggup Bunuh Erra Fazira Dalam Ammara Batrisya?

Aizat Amdan Tunduk | 16

Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL28)