in , ,

Mia Sara Nasuha Rasmi Kempen Mak Kata Anjuran Dutch Lady Malaysia

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) dan Mia Sara Nasuha, duta Susu Untuk Membesar Dutch Lady telah merasmikan kempen “Mak Kata” minggu lepas di Sekolah Kebangsaan Bangsar, di mana lebih daripada 100 murid sekolah berusia dari 4 hingga 10 tahun berkongsi pesanan ibu mereka.

Kempen “Mak Kata” mendapat inspirasi daripada iklan televisyen Dutch Lady pada tahun 1983, di mana dalam iklan tersebut menampilkan dua kanak-kanak lelaki bercakap tentang pesan ibu mereka bahawa tabiat minum susu itu bagus, lalu menjadikan dialog ‘mak kata’ sebagai ikutan di kalangan masyarakat Malaysia.

Mia Sara Asking Sk Bangsar Students About Their 'Mak Kata' Quotes

Dutch Lady Malaysia Mencari Pesanan Para Ibu Melalui Kempen “Mak Kata” Pencarian Seluruh Negara Oleh Mia Sara

Para ibu selalu memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak sepanjang proses pembesaran mereka. Nasihat dan pesanan mereka telah membentuk kita menjadi insan yang terbaik apabila dewasa.

Menyedari impak yang telah dibawakan oleh ibu kepada generasi akan datang di Malaysia, Dutch Lady Malaysia telah melakukan pencarian di seluruh negara untuk mengumpul pesanan terbaik. Malah, sesetengah daripada pesanan tersebut telah dikongsikan pada majlis hari ini.

Menurut Puan Che Norizam Abdullah, Pengetua Sekolah Kebangsaan Bangsar, kebanyakan pesanan “Mak Kata” yang dihantarkan oleh para pelajar biasanya berkaitan dengan pendidikan, pemakanan yang sihat dan keselamatan.

“Pelbagai nasihat ibu sering kita dengari contohnya kebaikan menikmati makanan yang sihat, kepentingan untuk tidur awal atau disiplin untuk menyiapkan kerja rumah dan nasihat ibulah yang telah membentuk diri kita pada hari ini.

Seorang ibu pasti sayangkan anaknya, jadi kasih sayang ini disampaikan melalui pesanan, lalu menjadi dorongan untuk menjadikan kita lebih bijak dan berhati-hati ketika bercampur dengan masyarakat, semuanya demi kebaikan diri kita.

Melalui pencarian pesanan “Mak Kata” di seluruh negara, kami ingin berkongsi apa yang telah ibu-ibu sampaikan ketika anak-anak mereka sedang membesar,” jelas Van Tran, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia ketika di pelancaran kempen “Mak Kata”.

Sebagai sebahagian daripada permulaan kempen, iklan tahun 1983 itu dikongsikan di laman media sosial Mia Sara dan Dutch Lady dimana ia telah mendapat lebih daripada 2000 maklumbalas dalam masa dua minggu.

‘Ungkapan “Mak kata, susu Dutch Lady baik untuk saya, betul tak?” begitu mudah untuk diingat. Mereka yang membesar pada tahun 1980-an pasti mengingatinya. Semasa kami siarkannya di laman media sosial, ramai ibu yang berkongsi video anak-anak mereka mengikut dialog iklan tersebut. Lalu, ia telah memberi inspirasi kepada kempen “Mak Kata”,’ tambah Van Tran.

Penyertaan Kempen “Mak Kata”

Kempen “Mak Kata” akan diteruskan sehingga 28 Februari 2014. Mia Sara dan Dutch Lady Malaysia akan berkunjung ke pelbagai lokasi di seluruh negara bagi mengumpul pesanan “Mak Kata” daripada para ibu dan anak. Ibu-ibu juga boleh menghantar pesanan mereka melalui SMS atau laman web Smart Moments Dutch Lady. Pesanan ini boleh dihantar dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Cina atau Tamil.

10 pesanan terbaik akan berpeluang untuk menjadi bintang bersama Mia Sara di dalam iklan terbaru Susu Untuk Membesar Dutch Lady (tempat pertama) dan di dalam iklan Dutch Lady lain (tempat ke-2 hingga ke-10).

Untuk keterangan lanjut tentang kempen “Mak Kata” dan jadual pameran lokasi, sila layari www.smartmoments.com atau www.facebook.com/DutchLady.SmartMoments.

Mia Sara With Her 'Mak Kata' Quote
Mia Sara With Dutch Lady Growing Up Milk Pack
Happy Students Of Sk Bangsar With Their Goodie Bags
Picture 1
Puan Che Norizam (Headmistress Of Sk Bangsar), A Student And Mia Sara Posting Up Their 'Mak Kata' Quotes On The Tree
Mia Sara Interacting With Students Of Sk Bangsar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan Tunduk | 23

Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL28)

Adi Putra Adiputra | 24

Mengejutkan, Rupanya Ini Penamat Drama Bersiri AMMARA BATRISYA Episod Akhir