in

Peminat Geram Azhael Gagal Ke Final AF 2013

Semalam, media sosial dikejutkan dengan penyingkiran satu-satunya peserta duo dalam Akademi Fantasia 2013 iaitu Azhael. Pengumuman yang dibuat oleh ‘Inspirer’ Datuk Siti Nurhaliza menjadi peminat semua terkedu. Ada yang bersorak dan ada yang meraung. Ramai yang tak sangka Azhael akan disingkirkan gara-gara undian yang paling rendah sebab undian Azhael berada di tempat kedua paling atas sebelum persembahan. Gara-gara grup duo yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi (Azhael) ini gagal mara ke peringkat akhir menimbulkan pelbagai reaksi dari penonton khususnya peminat grup ini. Pelbagai perasaan telah diluahkan di media sosial termasuklah mereka sangat geram dengan penyingkiran ini. Lebih mendukacitakan apabila peserta yang lemah dan selalu mendapat kritikan negatif masih lagi stay dan berjaya untuk mara ke peringkat akhir. Kata mereka, ini sesuatu yang tidak adil.

Azhael-AF2013

Rasanya, tak perlu Budiey tekankan di sini, dari musim pertama hingga sekarang ini, kita dah masak dengan carta undian dalam AF. Naik turun adalah perkara biasa. Sesiapa sahaja akan tersingkir. Apa yang penting, tak perlu nak marah atau geram jika anda sendiri tidak menghantar undian. Segalanya dinilai atas undian yang masuk.

Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain).

Konsert kelapan yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada malam Ahad turut menjadi trending gara-gara kemunculan otai-otai penyanyi terkenal sekitar 90an sebagai kejutan bagi setiap persembahan.

Penyingkiran Azhael sekaligus telah melayakkan lima finalis lain iaitu Nadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), Siti Ruhilah Hussien (Indah), Nur Aishah Aziz (Aishah) dan Mohd Faizul Sani (Faizul) mara ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 17 November depan.

Azhael ketika ditemui memberitahu walaupun sedih tidak dapat mara ke peringkat akhir namun redha dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi dan menganggap rezeki tidak memihak kepadanya.

“Ini bukan pengakhiran buat kami tetapi permulaan dan kami akan teruskan karier nyanyian selepas ini.”

Tiga pengkritik tetap AF 2013 terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU.

Sementara itu, Siti berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta telah menunjukkan peningkatan cemerlang terutama dari segi vokal dan berharap mereka yang melayakkan diri ke peringkat akhir dapat memberikan persembahan terbaik pada minggu terakhir AF 2013.

“Walaupun Azhael tersingkir tetapi mereka telah memberikan persembahan terbaik dan saya yakin mereka mempunyai peluang cerah untuk maju dalam bidang nyanyian. Secara keseluruhannya kesemua peserta telah memberikan persembahan terbaik dan mendapat kritikan baik daripada pengkritik.”

Pada minggu ini kesemua peserta perlu menyanyikan dua buah lagu menerusi dua segmen.

Menariknya pada malam tersebut beberapa artis terkenal seperti Zamani, Ella, Rahmat (Mega), Salem (Iklim) dan Mus (May) membuat kejutan apabila muncul pada persembahan peserta.

Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.

Selain Siti Nurhaliza, AF 2013 turut menampilkan dua lagi tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai ‘Inspirer’ iaitu Faizal Tahir dan Melly Goeslow.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang MTV EMA 2013

Listening To Music While You Study Makes You Smarter