in , , ,

Pelancaran Pelan Terbaharu Hotlink Postpaid Flex & Big Stage Showdown

Hotlink Postpaid Flex kini menawarkan Internet sebanyak 20GB dan melancarkan persembahan eksklusif dengan Astro.

Hotlink Postpaid Flex kini telah ditingkatkan untuk menawarkan para pelanggan lebih banyak data untuk YouTube! Tambahan data sebanyak 10GB untuk YouTube bagi pelan Hotlink Postpaid Flex Plus pada RM60/bulan, atau tambahan data sebanyak 3GB untuk YouTube bagi pelan Hotlink Postpaid Flex With More Data pada RM40/bulan. Bersempena dengan pelancaran pelan yang diperbaharui, Hotlink bekerjasama dengan Astro untuk menghasilkan kandungan digital eksklusif – Big Stage Showdown! Para pelanggan berpeluang memenangi baucar Astro GO Shop bernilai RM1,000.

Pelancaran Pelan Terbaharu  Hotlink Postpaid Flex &Amp; Big Stage Showdown

Pelanggan-pelanggan pelan Hotlink Postpaid Flex Pluskini boleh menikmati Internet 10GB dengan tambahan 10GB lagi untuk YouTube pada RM60 sebulan, sementara pelan Hotlink Postpaid Flex With More Data menawarkan Internet sebanyak 5GB dengan tambahan 3GB lagi untuk YouTube.

Di samping itu, para pelanggan boleh menikmati panggilan tanpa had dan SMS kepada semua rangkaian dengan mana-mana pelan Hotlink Postpaid Flex, bermula daripada RM30 sebulan.

Pelancaran Pelan Terbaharu  Hotlink Postpaid Flex &Amp; Big Stage Showdown

“Rakyat Malaysia suka menonton YouTube, dan pengalaman yang terbaik boleh dihayati melalui Hotlink kerana para pelanggan boleh menikmati penstriman HD yang lancar di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui rangkaian 4G No.1 kami.

Hotlink menawarkan pengalaman striming mudah alih No.1 menurut Google.

Kini dengan kuota YouTube pelanggan-pelanggan kami dapat menikmati striming percuma tanpa risau dengan pelan Hotlink Postpaid Flex,”

– Arjun Varma, Ketua Pemasaran Produk di Maxis
Pelancaran Pelan Terbaharu  Hotlink Postpaid Flex &Amp; Big Stage Showdown

Big Stage Showdown

Anda mungkin mengenali atau meminati rancangan reality nyanyian, Big Stagedi Astro Ria, yang menampilkan para penyanyi YouTube yang bertanding untuk memenangi hadiah utama tunai sebanyak RM100,000.

Para peserta dipilih untuk mengambil bahagian dalam rancangan tersebut berdasarkan populariti mereka di YouTube.

Bersempena dengan peningkatan pelan, Hotlink Postpaid Flex akan melancarkan rancangan Big Stage Showdown, kandungan digital eksklusif yang dihasilkan dengan kerjasama Astro.

Rancangan eksklusif Big Stage Showdown akan melihat peserta-peserta musim pertama, Budak Budak Dah Up, Wani Kayrie, Sarah Suhairi dan Andi Beradee, bertanding dengan peserta-peserta musim kedua, Budak Baru Nak Up, Santesh, Fieya Julia dan Irfan Haris. Acara ini akan dihoskan oleh Radin Amir Effendi dan Fiza Frizzy.

Para pelanggan hanya perlu:

  1. Tontoni ketiga-tiga episod digital Big Stage Showdowndi laman Facebook dan YouTube LIVE pada saluran Astro Gempak dan Hotlink. Satu episod yang disiarkan setiap hari Khamis dari pukul 9.00 malam hingga 10.00 malam, seperti berikut:
  2. 29 Ogos– Episod 1 
  3. 5 September– Episod 2
  4. 12 September– Episod 3 (episod terakhir)
  5. Dapatkan kod mingguan istimewa untuk memenangi baucar Astro GO Shop bernilai RM1,000. Tiga orang penonton akan berpeluang untuk menang setiap minggu selama tiga minggu.

Hotlink Postpaid Flex menguasakan pelanggan dengan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk membuat dan meningkatkan pelan pascabayar mereka berdasarkan kemahuan mereka.

Ini termasuk pelbagai pakej Unlimited App dan pelbagai telefon pintar terkini bermula dari RM1 untuk pilihan mereka. Para pelanggan juga boleh menikmati kemudahan pengurusan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar pelan, sila layari https://www.hotlink.com.my/en/plan/hotlink-postpaid-flex/ 

Untuk maklumat lanjut tentang Big Stage Showdownserta mendapati peluang memenangi baucar bernilai RM1,000, sila layari www.hotlink.com.my/BigStageShowdown

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie | 22

Konsert AWIE ROMANTIKA Raikan Ulangtahun ke-25 Perjalanan Seni Awie

Meerfly | 23

Video Muzik HAA TEPOK MeerFly Trending di Youtube Malaysia