in , , ,

LoveLove HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin CuteCute SEDIHSEDIH

Pelakon Hollywood Steven Seagal Terbang ke Kuching Sempena AIFFA 2019

BINTANG aksi Hollywood, Steven Seagal dijangka membuat penampilan istimewa sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 di Kuching, yang berlangsung pada 25 hingga 27 April.

Steven Seagal akan berada di Kuching ini sepanjang tiga hari AIFFA 2019 bersama beberapa selebriti tempatan dan antarabangsa lain antaranya Datuk Sheila Majid dan bekas pengacara Asia’s Got Talent, Marc Nelson dan Rovilson Fernandez.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak sangat bernasib baik kerana dapat menarik kehadiran pelakon veteran yang terkenal menerusi filem aksi itu pada penganjuran AIFFA tahun ini.

EKSKLUSIF: Tak Dapat Bawa Pulang Henry Golding, AIFFA 2019 Bakal Dimeriahkan oleh Steven Seagal

“Beliau (Seagal) dijadual akan bertemu dengan peminat di Kompleks Mahkamah Lama pada 3 petang, 27 April ini,”

– Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Turut hadir Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hii Chang Kee dan pengarah AIFFA, Livan Tajang.

Sebelum ini, bintang filem yang pernah menghadiri AIFFA ialah Datuk Jackie Chan, Donnie Yen dan Tan Sri Michelle Yeoh.

AIFFA 2019 adalah edisi keempat festival dwi tahunan yang disifatkan oleh Abdul Karim sebagai penuh bermakna bagi Sarawak kerana ia bertepatan dengan Kempen Melawat Sarawak.

“Ini adalah satu daripada acara yang dapat mempromosikan Sarawak ke dalam industri pelancongan dan filem.

Sejak penganjuran pertama AIFFA pada 2013, festival ini sudah berkembang festival filem utama di rantau Asia Tenggara,”

– Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Katanya lagi, turut diadakan sempena AIFFA 2019 iaitu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara AIFFA dengan Alibaba Pictures Group, syarikat produksi filem Cina di bawah Alibaba Group, yang menghasilkan filem pecah panggung seperti Mission: Impossible – Fallout and Star Trek Beyond.

“Mereka akan datang menandatangani MoU dengan AIFFA untuk masuk ke Sarawak atau Malaysia membuat penggambaran filem.

“Bagi syarikat produksi besar yang datang ke Kuching untuk festival filem ini, ia menggambarkan bahawa mereka mempunyai keyakinan terhadap AIFFA dan mahu mengetahui lebih banyak tentang Sarawak dan Malaysia,”

– Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Sebanyak 29 filem yang disenarai pendek dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Myanmar, Brunei, Kemboja, Vietnam, Laos dan Filipina bersaing untuk beberapa anugerah yang dipertandingkan antaranya kategori Penggambaran Terbaik – Drama, Penggambaran Terbaik – Aksi, Penggambaran Terbaik – komedi, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pembantu Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik serta Pengarah Terbaik.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

MONSTA-X

Konsert Monsta X World Tour WE ARE HERE 2019 In Kuala Lumpur

Sufian Suhaimi

Babak Naik Helikopter dalam Video Muzik MENCUBA Tiada Kaitan dengan Sesiapa